Page 14 - Refleksi Kumpulan 12
P. 14

NAMA : PUTERI NUR ZAHIRAH BINTI MUHAMMAD ALI
                                                 NO MATRIKS : 065962
                        PROGRAM : SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG DENGAN KEPUJIAN
               Pengenalan
               Rukun  negara  didefinisikan  sebagai  satu  amalan  yang  perlu  dilakukan  dan  satu  visi  bagi
               merealisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaysia serta satu
               doktrin untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian negara (Tn. Hj. Md Lasa, 2020).
               Dalam sejarah Malaysia, peristiwa berdarah 13 Mei menandakan titik hitam yang tidak dapat
               dilupakan  oleh  setiap  rakyat  negara  ini.  Pertumpahan  darah  dan  huru-hara  yang  berlaku
               hampir  memusnahkan  negara  dan  berakar  umbi  dari  semangat  perkauman  berhubung
               dengan isu yang berbaur politik dan budaya serta pemikiran yang berbeza dalam kalangan
               masyarakat pelbagai kaum di Malaysia ini.

               Objektif

                  i.   Mengukur  tahap  penghayatan  dan  pengetahuan  masyarakat  berkenaan  dengan
                       prinsip rukun negara.
                 ii.   Memberi  kesedaran  mengenai  tragedi  13  Mei  1969  serta  impaknya  terhadap
                       masyarakat.
                 iii.   Mengenal pasti dasar dan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa dalam
                       menangani masalah rusuhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969.

               Analisis dan perbincangan

               Kajian kerja lapangan yang dijalankan ini telah menggunakan dua proses dalam pengumpulan
               data iaitu melalui kaedah soal selidik dan temu bual untuk mengukur tahap penghayatan dan
               pengetahuan  berkenaan  dengan  prinsip  rukun  negara  dalam  kalangan  masyarakat  serta
               memberikan kesedaran mengenai tragedi 13 Mei 1969 serta impaknya terhadap masyarakat.
               Dapatan kajian yang diperolehi ini hasil daripada soal selidik yang dijalankan melalui pautan
               ‘Google Form’ secara dalam talian dengan responden seramai 200 orang manakala kaedah
               temu bual pula dijalankan di platform ‘Google Meet’ bersama  dua orang. Menurut Kamus
               Dewan Edisi Keempat, 2005, temu bual merupakan temu ramah yang didefinisikan sebagai
               interbiu, wawancara, tanya jawab antara wartawan dengan pihak lain untuk mendapatkan
               berita.  Kaedah  ini  melibatkan  dua  peringkat  iaitu  secara  formal  dan  tidak  formal.  Kaedah
               formal biasanya pengkaji telah memohon, memaklumkan terlebih dahulu kepada responden
               dan  telah  mendapatkan  persetujuan  daripada  responden  untuk  ditemu  bual  (kebenaran
               bertulis  melalui  surat  permohonan).  Responden  pertama  merupakan  seorang  peguam  di
               sebuah firma di Pulau Pinang iaitu Cik Puteri Nur Suraya Binti Zainal Abidin dan responden
               kedua pula ialah Encik Muhammad Suhaizan Bin Suid yang merupakan seorang guru Sejarah
               di  SMA  Annajah,  Baling  yang  mempunyai  pengalaman  mengajar  mata  pelajaran  tersebut
               selama 12 tahun. Terdapat beberapa soalan yang dikemukakan dan diketengahkan kepada
               responden bagi tujuan pengumpulan maklumat untuk menyempurnakan kajian ini. Antaranya
               ialah  bagaimanakah  cara  yang  boleh  dan  perlu  dipraktikkan  oleh  para  pelajar  bagi
               mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum terutamanya bagi
               sekolah kebangsaan. Menurut Encik Muhammad Suhaizan, walaupun sekolah merupakan
               satu  medium  perpaduan  yang  paling  penting  dalam  negara,  namun  masyarakat  perlulah
               memainkan  peranan  mereka  dalam  mengorak  langkah  demi  masa  hadapan  negara  yang
               meyakinkan. Masyarakat perlulah faham bahawa negara Malaysia terdiri daripada pelbagai
               kaum  supaya  keharmonian  dapat  diwujudkan.  Selain  itu,  masyarakat  juga  perlu  bersedia
               untuk menerima sebarang kekurangan dan kelebihan kaum yang lain, menolak diskriminasi,
               matang  dalam  membuat  penghakiman  kepada  kaum  lain  dan  tidak  menghakimi  sesuatu
               keadaan berdasarkan kaum serta menerapkan sikap keterbukaan dalam diri. Di samping itu,
               kajian ini juga sudah semestinya mendatangkan pelbagai kebaikan dan kelemahan kepada
               pengkaji.  Antara  kelebihannya  ialah  kemahiran  insaniah  pengkaji  dapat  digilap  apabila
               berinteraksi dengan responden ketika sesi temu bual dijalankan. Hal ini secara tidak langsung
               dapat meningkatkan keyakinan diri para pengkaji . Selain itu, persekitaran kerjasama yang
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19