Page 12 - Refleksi Kumpulan 12
P. 12
NAMA: AHMAD MUQRI BIN WAHAB
NO MATRIK: 066626
PROGRAM: Sarjana Muda Undang-Undang Dengan Kepujian
Pengenalan
Rukun negara merupakan ideologi nasional yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia
rentetan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Rukun negara dipercayai dapat menjadi
pegangan semua masyarakat dalam membentuk perpaduan dan juga mengekalkan
keharmonian. Berdasarkan kajian sosial, prinsip Keluhuran Perlembagaan boleh dikait rapat
dengan tragedi 13 Mei 1969 yang mendorong Kerajaan untuk mempertingkatkan
penguatkuasaan Undang-undang. (Suzastri & Johari, 2019) Oleh itu, Terdapat beberapa
Undang-undang yang telah dipinda secara khusus rentetan daripada peristiwa 13 Mei 1969
bagi memastikan peristiwa tersebut tidak berulang lagi pada masa yang akan datang. Sebagai
contoh, Akta Hasutan 1948. (Suzastri & Johari, 2019)
Objektif
i) Mengetahui tahap penghayatan dan pengetahuan berkenaan prinsip rukun negara
dalam kalangan masyarakat.
ii) Memberikan kesedaran mengenai tragedi 13 Mei 1969 serta impaknya terhadap
masyarakat.
iii) Mengenal pasti dasar dan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa
dalam menangani masalah rusuhan kaum seperti tragedi 13 Mei 1969.
Analisis dan Perbincangan
Hasil daripada kajian, ideologi nasional (rukun negara) merupakan alternatif yang wajar
diperkenalkan oleh Tun Hussein Onn dalam membendung masalah perpaduan dan
keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kaedah yang digunakan untuk mengumpul
data adalah melalui tinjauan melalui soalan yang dikemukakan dalam borang dan temu bual
bersama panel yang mempunyai latar belakang dalam isu yang dikaji. Hakikatnya, isu ini
penting dalam memberi kesedaran kepada komuniti berkaitan dengan undang-undang sedia
ada atau undang-undang yang telah dipinda bagi mengekalkan keharmonian dalam negara.
Isu yang dikaji hakikatnya relevan dan seiring dengan isu semasa. Hal ini demikian kerana
isu perkauman boleh terjadi bila-bila masa sekiranya terdapat kelemahan dalam
penguatkuasaan undang-undang sedia ada. Berdasarkan temu bual yang dijalankan,
pengetahuan yang dapat diperoleh adalah Akta Hasutan 1948 merupakan satu mekanisme
yang baik bagi membendung masalah keharmonian dalam negara. Sebagai contoh,
mahkamah boleh mengeluarkan “prohibition order” dimana mahkamah mempunyai kuasa
untuk menghalang seseorang yang mengeluarkan pernyataan berbangkit isu perkauman.
Kekurangan yang dialami sepanjang penyelidikan adalah pandemik Covid-19 yang masih
berlangsung. Hal ini dikatakan demikian kerana amat sukar mencari panel untuk ditemu bual
apabila “standard operating procedure” (SOP) yang ketat telah memberi kesan dalam
memaksimumkan hasil penyelidikan. Contohnya, apabila hendak keluar rumah, ada beberapa
perkara yang perlu di ambil kira bagi mengelak daripada dijangkiti penyakit Covid-19.
Kesimpulan
Kesimpulannya, prinsip Keluhuran Perlembagaan yang merangkumi aspek undang-undang
adalah wajar untuk negara bagi mengelak peristiwa rusuhan kaum (13 Mei 1969) daripada
berulang lagi. Oleh itu, hasil daripada kajian, mendapati Akta Hasutan 1948 memberi kesan
yang baik bagi mengekang masalah ini. Rakyat Malaysia wajib melihat rukun negara sebagai
satu fahaman nasional supaya dapat menyemai semangat perpaduan dan persefahaman
yang berpandu kepada fahaman yang sama iaitu berpaksikan lima prinsip yang wajib dipatuhi
dalam Rukun Negara seperti Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan
Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan undang-undang serta Kesopanan dan
Kesusilaan.