Page 16 - Refleksi Kumpulan 12
P. 16
Nama: Wan Muhammad Nazim bin Wan Mohd Nasir
No.Matrik: 066382
Program: Sarjana Muda Undang-Undang
Pengenalan
Masih ramai lagi golongan belia dalam masyarakat yang tidak tahu perihal Peristiwa 13 Mei 1969
yang merupakan sebuah tragedi hitam yang telah berlaku pada awal penubuhan negara
Malaysia. Ia merupakan sebuah kejadian yang terjadi berikutan rusuhan yang berlaku di antara
dua kaum utama di bumi Malaysia,yakni kaum Melayu dan Cina. Kejadian tersebut telah
menyebabkan kekacauan yang besar di ibu kota, Kuala Lumpur dan telah menyebabkan banyak
nyawa tidak berdosa melayang. Kejadian tersebut telah menyedarkan rakyat negara ini ketika itu
akan kepentingan keharmonian sesama kaum perlu dikekalkan. Bak kata Tunku Abdul Rahman
Putra: “13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita semua lupakan
buat selama-lamanya. Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang
bahaya-bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.”( Sultan Abdul Hamid
Halim Shah, T. A. R., & Al-Haj, P. (2007). ). Walaupun begitu, masyarakat zaman kini terutamanya
para pemuda generasi baharu kian lupa mengenai topik Peristiwa 13 Mei 1969 dek ditelan arus
zaman.
Objektif
i.Mengetahui tahap penghayatan dan pengetahuan berkenaan prinsip rukun negara dalam
kalangan masyarakat.
ii.Memberikan kesedaran mengenai tragedi 13 Mei 1969 serta impak nya terhadap masyarakat.
iii.Mengenal pasti dasar dan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa dalam
menangani masalah rusuhan kaum seperti tragedi 13 Mei 1969.
Analisis dan Perbincangan
Berdasarkan kajian lapangan projek E-SULAM yang telah dilakukan, dua kaedah bagi
mengumpul data dan maklumat telah dijalankan, iaitu melalui soal selidik yang berbentuk kualitatif
dan temu bual yang berbentuk kuantitatif. Bagi menjawab persoalan dan mengetahui tahap
kesedaran dalam kalangan masyarakat berkenaan isu tragedi 13 Mei, antara soalan yang ditanya
dalam soal selidik ialah persoalan kesan positif kejadian 13 Mei 1969 kepada masyarakat
sekarang yang mana sebanyak 200 responden telah menjawab soalan soal selidik tersebut,
majoriti responden terdiri daripada golongan belia yang berusia awal 20an. Antara pilihan
jawapan yang diberi ialah membuka minda masyarakat, penurunan dalam ekonomi rakyat dan
penyusunan semula politik, responden diberi pilihan untuk memilih kesemua tiga, dua atau salah
satu jawapan sahaja. Majoriti responden telah memilih membuka minda masyarakat iaitu (87.5%
responden), manakala penyusunan semula politik pula adalah (44% responden) dan akhirnya
penurunan dalam ekonomi rakyat adalah (5% responden). Sebab utama tajuk ini dipilih adalah
bagi memupuk kesedaran tentang Peristiwa 13 Mei 1969 secara lebih mendalam dalam jiwa
pemuda generasi kini. Hal ini demikian untuk mengelakkan tragedi tersebut daripada berulang
lagi di masa hadapan dengan menjadikan tragedi tersebut sebagai satu pengajaran. Berdasarkan
data hasil kajian lapangan yang telah dilakukan, para responden mempunyai pendapat masing-
masing dari sudut sosial, politik dan ekonomi tentang kesan positif Peristiwa 13 Mei 1969 kepada
masyarakat sekarang. Kelebihan atau manfaat yang dapat diperolehi daripada kajian E-SULAM
ini ialah ia membantu dalam menerokai bentuk pemikiran pemuda zaman sekarang secara lebih
mendalam. Antara kelemahan dan kekurangan yang telah dihadapi dalam penyelidikan ini adalah
jumlah responden yang terlibat adalah masih tidak cukup besar bagi menghasilkan analisis dan
kesimpulan yang lebih tepat berdasarkan tindak balas responden.