Page 15 - Refleksi Kumpulan 12
P. 15

jitu  antara  pelajar,  tenaga  pengajar  dan  komuniti  juga  dapat  diwujudkan  sepanjang
               menjalankan  projek  esulam  ini.  Walau  bagaimanapun,  seiring  dengan  situasi  dunia  yang
               dilanda pandemik Covid-19, hal ini telah mendatangkan kelemahan kepada pengkaji untuk
               mendapatkan maklumat dengan cepat seperti halangan untuk mengadakan temu bual secara
               bersemuka  dengan  responden  dan  juga  menjadi  batu  penarung  untuk  rakan  sekumpulan
               berjumpa dan berbincang dengan lebih terperinci mengenai kajian yang dijalankan ini.

               Kesimpulan
               Pendek kata, menurut Al-Amril bin Othman, 2015, dalam jangka panjang, mekanisme undang-
               undang perlulah digunakan untuk mencegah sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku
               daripada elemen perkauman ini. Dengan ini, hasrat kajian yang dijalankan untuk melihat lebih
               ramai masyarakat yang bersikap terbuka untuk menerima kepelbagaian kaum di negara ini
               dapat direalisasikan kerana keharmonian antara kaum dapat dicapai bersama-sama. Perkara
               ini dapat dikukuhkan lagi apabila Prof Dato Dr Teo Kok Seong, felo utama Institut Kajian Etnik
               Universiti  Kebangsaan  Malaysia  berpendapat  bahawa  pengajaran  daripada  peristiwa  50
               tahun  lepas  itu  penting  bukan  untuk  rakyat  sahaja  dari  segi  kerukunan,  namun  bagi
               meningkatkan kemajuan negara. Oleh hal yang demikian, hasil kajian ini telah menunjukkan
               bahawa pengkaji telah berjaya mencapai objektif yang telah dinyatakan.

               Sumber Rujukan

               Al-Amril Bin Othman. (2015). Sumber Komunikasi Peristiwa 13 Mei 1969 : Satu Tinjauan Awal.
                       Hlm 81.

               Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
               Nor  Azlan  Sham  Rambely  dan  Mohamed  Ali  Haniffa.  (2018).  Dinamika  Pembentukan
                       Komuniti Dalam Sejarah Malaysia : Pelajaran dari Peristiwa 13 Mei 1969. Hlm 16.
               Sinar  Harian  Online.  (13  Mei,  2019).  Peristiwa  13  Mei  :  Pengajaran  perlunya  masyarakat
                       bersatu   padu.    Bahan    diakses    pada    13    Disember    2021,    daripada
                       https://www.sinarharian.com.my/article/27800/BERITA/Nasional/Peristiwa-13-Mei-
                       Pengajaran-perlunya-masyarakat-bersatu-padu

               Tn. Hj. Md Lasa, (2020). Pengajian Am Semester 2, Local Publications (M) SDN BHD. Hlm,
                       40-41.
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19