Page 10 - Refleksi Kumpulan 12
P. 10
NAMA : AHMAD IMAN HARITH BIN MUHD AIMIN
NO.MATRIKS : 066635
PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG DENGAN KEPUJIAN
Pengenalan
Rukun Negara merupakan tonggak utama bagi sebuah masyarakat yang bertamadun
di Malaysia. Secara ringkasnya, tujuan Rukun Negara dibentuk adalah untuk membentuk
perpaduan yang mapan serta kunci utama kejayaan dan keharmonian negara kita yang
tercinta, Malaysia. Rukun Negara telah diisytiharkan pada tanggal 31 Ogos 1970 sempena
Hari Kemerdekaan yang ke-13 oleh Yang di-Pertuan Agong IV, Almarhum Tuanku Ismail
Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin di mana ia dilaksanakan rentetan
daripada tragedi 13 Mei 1969 yang merupakan satu peristiwa hitam yang berlaku di Malaysia
yang telah menggugat perpaduan antara kaum di Malaysia (Dr Nazri Muslim,2021).
Berdasarkan kajian sosial yang dilaksanakan oleh pengkaji, tajuk pilihan ini berkait rapat
dengan asas rukun negara yang ke-3 iaitu Keluhuran Perlembagaan. Masyarakat dikehendaki
memahami dan menghayati isi kandungan Perlembagaan Persekutuan dan menghormati
undang-undang yang dikuatkuasakan di negara kerana ini merupakan asas yang bertindak
sebagai mekanisme dalam membentuk masyarakat yang patuh dan juga sebagai panduan
masyarakat.
Objektif Tugasan
1. Mengetahui tahap penghayatan dan pengetahuan berkenaan prinsip rukun negara
dalam kalangan masyarakat.
2. Memberikan kesedaran mengenai tragedi 13 Mei 1969 serta impaknya terhadap
masyarakat.
3. Mengenalpasti dasar dan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa dalam
menangani masalah rusuhan kaum seperti tragedi 13 Mei 1969.
Analisis dan Perbincangan
Terdapat dua kaedah yang digunakan oleh pengkaji bagi mengumpul maklumat dalam
menyiapkan tugasan yang diberikan ini iaitu melalui platform ‘Google Form’ bagi menerima
maklum balas daripada responden dan juga ‘Google Meet’ bagi tujuan aktiviti temu bual
bersama peguam dan juga guru. Tujuan kami menggunakan ‘Google Form’ adalah untuk
mengetahui sejauh mana pemahaman dan penghayatan masyarakat mengenai isu ini.
Selepas itu, tujuan kami menggunakan ‘Google Meet’ adalah untuk mengklasifikasikan
maklumat yang diperoleh dari sudut undang-undang dan juga dari sudut pendidikan. Dari
aspek undang-undang, terdapat enam soalan yang dikemukakan kepada peguam antaranya
ialah ‘Apakah hukuman yang boleh dijatuhkan kepada individu yang didapati
bertanggungjawab atas kematian orang ramai dalam rusuhan kaum tragedi 13 Mei 1969
berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.’ Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-
undang tertinggi di Malaysia dan telah memperuntukkan beberapa limitasi terhadap beberapa
perkara. Jawapan berdasarkan soalan ini adalah tidak semua orang yang terlibat dalam
rusuhan tersebut akan dikenakan tuduhan yang sama. Penggubal undang-undang akan
memeriksa dengan teliti dan melakukan beberapa proses terlebih dahulu bagi menyelaraskan
hukuman dengan undang-undang agar setimpal dengan perbuatannya. Justeru, kita dapat
lihat bahawa pentingnya Perlembagaan Persekutuan ini sebagai satu sumber rujukan yang
utama dalam sistem perundangan bagi menyelesaikan sebarang konflik. Tajuk ini dipilih
adalah untuk mendalami kronologi tragedi ini dan mengambil pengajaran agar perpaduan
kaum dapat diperkukuhkan. Tajuk yang dikaji ini sememangnya relevan dengan isu semasa
kerana api perkauman masih lagi wujud dalam kalangan masyarakat kini dan boleh berlaku