Page 5 - Refleksi Kumpulan 12
P. 5
Nama: Haswaniza Binti Hanafi
No. Matrik: 066593
Program: Sarjana Muda Undang-Undang
Pengenalan
Peristiwa 13 Mei merupakan satu peristiwa rusuhan kaum yang paling dahsyat pernah berlaku di
Malaysia. Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum pada 10
Mei 1969 yang melibatkan dua kaum utama di Malaysia iaitu kaum Melayu dan kaum Cina. Masih
ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini yang tidak mengetahui atau sudah lupa
sejarah disebalik tragedi 13 Mei 1969. Peristiwa bersejarah ini sepatutnya sentiasa diingati bak
kata Prof Datuk Dr Teo Kok Seong "Peristiwa ini perlu selalu dingati rakyat agar kita semua bukan
sahaja perlu muhasabah diri pada setiap masa, lebih penting lagi ialah kita hendaklah
memastikan ia tidak berulang lagi dengan menentukan hubungan etnik sentiasa baik," (Sinar
Harian, 2019).
Objektif
1. Mengetahui tahap penghayatan dan pengetahuan berkenaan prinsip rukun negara dalam
kalangan masyarakat.
2. Memberikan kesedaran mengenai tragedi 13 Mei 1969 serta impaknya terhadap masyarakat
3. Mengenal pasti dasar dan usaha yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa dalam menangani
masalah rusuhan kaum seperti tragedi 13 Mei 1969.
Analisis/perbincangan
Kajian kerja lapangan telah dijalankan secara dalam talian dengan menggunakan kaedah
kuantitatif dan kualitatif. Platform yang digunakan bagi pengumpulan data ialah dengan
mengedarkan pautan Google Form di sosial media. Sebanyak 8 soalan ditanya bagi
pengumpulan data dan sebanyak 200 respons diterima dan majoritinya terdiri daripada golongan
belia awal 20-an. Kajian turut dijalankan melalui kaedah temubual secara dalam talian menerusi
aplikasi Google Meet dengan menemu bual Cik Puteri Nur Suraya yang merupakan seorang
peguam korporat dan Encik Muhammad Suhaizan Bin Suid yang merupakan seorang guru yang
memiliki pengalaman mengajar mata pelajaran sejarah selama 12 tahun. Antara soalan yang
ditanya menerusi Google Form ialah “Adakah anda tahu tentang kisah sebalik kejadian 13 Mei
1969?”. Majoriti responden seramai 182 orang (91%) menjawab ya manakala 18 orang
responden (9%) menjawab tidak. Tajuk 13 Mei 1969 dipilih sebagai tajuk kajian adalah kerana
tragedi ini merupakan sebuah tragedi yang dahsyat dan masyarakat seharusnya sentiasa ingat
akan tragedi ini supaya ia tidak berulang lagi di masa hadapan. Berdasarkan data kajian, masih
ada responden yang tidak mengetahui tentang tragedi bersejarah ini. Tajuk kajian yang dipilih
adalah relevan kerana masyarakat Malaysia kekal hidup secara berbilang kaum sehingga kini.
Antara kelebihan yang diperoleh sepanjang penyelidikan dijalankan ialah dapat memupuk
semangat bekerja dalam pasukan dalam diri pelajar. Kelemahan dan kekurangan sepanjang