Page 4 - Refleksi Kumpulan 12
P. 4
SYAMIRAH BINTI RAHUMAN SADIK
NO MATRIK: 066355
IJAZAH SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG
PENGENALAN
Merujuk kepada Kamus Dewan (2007) rukun bermaksud dasar,tiang dan asas manakala definisi
negara ialah kawasan di bawah bidang kuasa kerajaan tertentu. Rukun negara ialah sebuah
doktrin tentang pencapaian perpaduan kaum atas nama keharmonian dan kemakmuran negara.
Rukun negara adalah hasil gabungan pemikiran dan idea pelbagai kaum.Mereka peka terhadap
keperluan untuk mewujudkan sebuah negara yang bukan sahaja mempunyai identiti sendiri tetapi
juga berkongsi kepercayaan yang sama.
OBJEKTIF
1. Mengetahui tahap penghayatan dan pengetahuan berkenaan prinsip rukun negara dalam
kalangan masyarakat.
2. Memberikan kesedaran mengenai tragedi 13 Mei 1969 serta impaknya terhadap
masyarakat.
3. Mengenal pasti dasar dan usaha yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa dalam menangani
masalah rusuhan kaum seperti tragedi 13 Mei 1969.
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Berdasarkan kajian yang telah dibuat sepanjang menjalankan E-Sulam ini, kajian ini
menggunakan kaedah google form dan temu bual bersama seorang guru sejarah dan seorang
peguam,untuk mengumpul data dan pandangan dari ahli-ahli komuniti pilihan kumpulan
saya.Bagi sesi temu bual bersama peguam, terdapat satu soalan yang ingin saya
kupaskan.Soalan yang dianjurkan ialah, adakah perkara 63 perlembagaan persekutuan ini juga
masih lagi relevan bagi menangani isu perkauman atau ia wajar dipinda? Peguam tersebut telah
menjawab soalan ini dengan jayanya malah telah menarik perhatian saya. Beliau berkata,akta
masih relevan namun perlu ditambahkan pada pelaksanaan dan tafsiran kita terhadap tindakan
itu sendiri dan kebiasaannya isu perkauman juga boleh dicetuskan disebabkan oleh mentaliti
masyarakat kita sendiri.Imuniti perlu diberikan supaya generasi seterusnya dapat menjalankan
mekanisme yang ada dengan betul. Jawapan beliau amat benar. Selama ini kita hanya
mempraktikan isu perkauman secara atas dasar. Seharusnya, kita harus melahirkan suatu
mentaliti di mana isu perkauman ini tidak boleh diendahkan lagi-lagi perkauman merupakan suatu
aspek yang penting di negara kita. Perkara 63 perlembagaan persekutuan sudah cukup lengkap
dan proaktif.Namun begitu, ramai manusia akan memandang enteng dan tidak menghiraukan isu
jika masyarakat tidak bertanggungjawab atas kepentingan isu perkauman ini.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, isu ini harus ditekankan dengan lebih mendalam kepada anak muda yang akan
menjamin kemajuan negara kita pada masa depan.Dengan meletak harapan, isu perkauman di
Malaysia tidak akan berlaku lagi kerana ia akan membawa impak yang buruk kepada negara
Malaysia.
RUJUKAN
Tn. Hj. Md Lasa, (2020). Pengajian Am Semester 2, Local Publications (M) SDN BHD. Hlm, 40.
Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800–2000).(2013). Rukun Negara . Oxford Fajar.