Page 7 - Refleksi Kumpulan 12
P. 7

Nama: Ummi Sharifatul Jannah Bt Makhtar
                                                   No. Matrik: 066475
                            Program: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Dengan Kepujian


               Pengenalan
               Rukun  Negara  diisytiharkan  pada  31  Ogos  1970  sempena  ulang  tahun  kemerdekaan
               Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku
               Ismail  Nasiruddin  Shah  Ibni  Almarhum  Sultan  Zainal  Abidin,  Yang  di-  Pertuan  Agong
               IV.  Selain itu, Rukun Negara dibentuk berikutan peristiwa hitam 13 Mei 1969 yang berlakunya
               rusuhan  antara  kaum  di  Tanah  Melayu  ketika  itu.  Peristiwa  ini  juga  telah  menyebabkan
               keutuhan perpaduan kaum di Tanah Melayu menjadi sangat lemah. Oleh itu, Rukun Negara
               dibentuk untuk menstabilkan semula negara dengan prinsip-prinsip yang mempunyai maksud
               yang jelas untuk kedamaian dan keharmonian Malaysia.

               Objektif kajian
                   1.  Mengetahui tahap  penghayatan  dan  pengetahuan  berkenaan  prinsip rukun  negara
                       dalam kalangan masyarakat.
                   2.  Memberikan  kesedaran  mengenai  tragedi  13  Mei  1969  serta  impaknya  terhadap
                       masyarakat
                   3.  Mengenal pasti dasar dan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa dalam
                       menangani masalah rusuhan kaum seperti tragedi 13 Mei 1969.

               Analisis
               Menurut kajian daripada temubual yang telah dilakukan, terdapat banyak langkah yang boleh
               diambil bagi memastikan peristiwa ini tidak berulang lagi. Antara langkah yang boleh diambil
               adalah masyarakat perlulah saling mengingati antara satu sama lain dengan menyebarkan
               tentang kepentingan perpaduan di antara kaum di media sosial seperti Instagram, Facebook,
               WhatsApp  dan  Tiktok.  Hal  ini  demikian  kerana,  masyarakat  zaman  kini  lebih  cenderung
               kepada media sosial, maka dengan adanya media sosial ini ia boleh memberikan kesedaran
               kepada  semua  lapisan  masyarakat  bahawa  perpaduan  itu  amat  penting  untuk  keamanan
               negara. Selain itu, menurut Puan Puteri Nur Suraya, peguam yang telah ditemu bual, beliau
               memberi pandangan bahawa langkah yang boleh diambil bagi memastikan peristiwa tidak
               berulang  lagi  adalah  dengan  mengetatkan  undang-undang  iaitu  undang-undang  yang
               dilakukan bukan untuk menghalang kebebasan rakyat tetapi mengekang daripada sesuatu
               perkara itu berlaku ataupun berulang semula. Sesungguhnya, banyak langkah yang boleh
               diambil untuk mengekalkan perpaduan di negara, jadi semua masyarakat perlulah bersatu
               untuk kaharmonian negara.

               Kesimpulan
               Dengan  harapan  melalui  perlaksanaan  kajian  kerja  lapangan  ini,  sedikit  sebanyak  dapat
               meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang kepentingan mengekalkan perpaduan demi
               kesejahteraan  negara.  Oleh  itu,  negara  dapat  dikenali  sebagai  sebuah  negara  yang
               mempunyai  sistem  pemerintahan  yang  baik  walaupun  mempunyai  rakyat  yang  berbilang
               kaum dan berlainan agama tetapi tetap mampu menjadi sebuah negara aman dan makmur.

               Rujukan
               MyGOV  -  The  Government  of  Malaysia’s  Official  Portal.  (2021).  Malaysia.gov.my.

                     https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30110?language=my


               itutor.  (2021,  July  3).  Maksud  Prinsip  Rukun  Negara  &  Kepentingan.  Ipendidikan.my;

                     Ipendidikan.my. https://www.ipendidikan.my/rukun-negara.html
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12