Page 2 - Refleksi Kumpulan 12
P. 2

Nama: Sharvin A/L Paneerselvam
                                                   No. Matrik: 065567
                           Program: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Dengan Kepujian

               Pengenalan
               Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang meninggalkan kesan signifikan
               terhadap  aspek  politik,  ekonomi  dan  sosial  masyarakat  Malaysia.  Peristiwa  13  Mei
               sememangnya  bukan  suatu  peristiwa  yang  berlaku  secara  tiba  -  tiba  akan  tetapi  ianya
               merupakan  suatu  rentetan  kepada  sebab-sebab  atau  peristiwa  yang  telah  berlaku
               sebelumnya.  Peristiwa  ini  dilihat  sebagai  satu  rusuhan  kaum  yang  terbesar  yang  pernah
               berlaku dalam sejarah Malaysia yang berpunca daripada beberapa perkara sehingga meragut
               nyawa ramai orang yang tidak bersalah. Amalan pecah dan perintah yang diamalkan oleh
               pihak British semasa era penjajahan Tanah Melayu telah banyak merenggangkan hubungan
               antara kaum dan dilihat sebagai punca utama berlakunya tragedi ini. Semasa kempen Pilihan
               Raya  1969,  calon-calon  pilihan  raya  terutamanya  daripada  parti  pembangkang,  telah
               membangkitkan  soal-soal  sensitif  berkaitan  dengan  Bahasa  Melayu  sebagai  bahasa
               kebangsaan, hak istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Perkara
               ini  mula  menimbulkan  sentimen  perkauman  di Tanah  Melayu.  Parti  Perikatan  yang terdiri
               daripada  gabungan  parti  UMNO,  MCA  dan  MIC  telah  menghadapi  kekalahan  yang  teruk
               dalam  Pilihan  Raya  1969  dan  sekali  gus  telah  hilang  majoriti  dua-pertiga  dalam  Dewan
               Rakyat. Parti Gerakan, DAP dan PPP yang dimonopoli oleh kaum Cina telah mengadakan
               perarakan kemenangan parti-parti yang ditunjangi oleh kaum Cina selepas memenangi 25
               buah kerusi dalam pilihan raya tersebut. Dalam perarakan tersebut mereka telah mengutuk
               dan  menghina  orang-orang  Melayu  yang  menjadi  titik  tolak  rusuhan  kaum  ini.  (Muhamad
               Hazwan Ahmad, 2021)

               Objektif
                  i.   Mengetahui tahap  penghayatan  dan  pengetahuan  berkenaan  prinsip rukun  negara
                       dalam kalangan masyarakat.
                 ii.   Memberikan  kesedaran  mengenai  tragedi  13  Mei  1969  serta  impaknya  terhadap
                       masyarakat
                 iii.   Mengenal  pasti  dasar  dan  usaha  yang  dilaksanakan  oleh  pihak  berkuasa  dalam
                       menangani masalah rusuhan kaum seperti tragedi 13 Mei 1969.

               Analsis dan Perbincangan
               Kajian kerja lapangan telah dijalankan dengan dua kaedah pengumpulan data iaitu soal selidk
               dan  temu  bual.  Proses  soal  selidik  ini  dijlankan  secara  dalam  talian  dengan  pengedaran
               pautan ‘Google Form’ di platform ‘Whatsapp’ dan ‘Telegram’ yang berjaya mengumpul respon
               daripada  200  orang  responden  manakala  kaedah  temu  bual  dijalankan  menerusi  aplikasi
               ‘Google Meet’ dengan dua orang informen. Informen pertama merupakan seorang peguam
               urusan korporat dan hartanah di Rosidi, Mustafa dan Harryzan, Kepala Batas, Pulau Pinang
               sementara informen kedua merupakan guru mata pelajaran Sejarah  yang berpengalaman
               lebih daripada 12 tahun. Salah satu soalan yang dikemukakan kepada Encik Muhammad
               Suhaizan  ialah  “Pada  pendapat  cikgu,  adakah  masih  relevan  untuk  Sekolah  Jenis
               Kebangsaan  (SJK)  seperti  SJK(C)  dan  SJK(T)  ditubuhkan.  Adakah  sekolah  vernakular
               menjadi penghalang kepada proses pemupukan perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah”.
               Informen  menyatakan  pendapat  beliau  untuk  soalan  ini  dengan  mengatakan  sekolah
               vernakular ini bukan satu penghalang kepada pemupukan perpaduan kerana sekolah-sekolah
               ini juga mengikuti kurikulum dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang sama seperti
               sekolah-sekolah  lain.  Semua  sukatan  pelajaran  yang  diajar  juga  akan  berasaskan  Pelan
               Pendidikan  Nasioanal  walaupun  bahasa  ibunda  akan  menjadi  bahasa  penghantar  dalam
               kalangan pelajar sekolah vernakular. Pada konteks yang sama, beliau merasakan bahawa
               sekolah jenis kebangsaan persendirian yang akan menjadi penggugat dalam perpaduan di
               negara kita. Hal ini demikian kerana, sekolah jenis ini akan menggunakan kurikulum daripada
   1   2   3   4   5   6   7