Page 3 - Refleksi Kumpulan 12
P. 3
negara asal mereka yang menyebabkan pelajar-pelajar yang menuntut ilmu di sekolah ini
terdapat kurang pendedahan terhadap sejarah dan budaya negara kita. Perkara ini akan
menyukarkan mereka untuk bergaul dengan orang berlainan kaum dalam komuniti. Beliau
juga berkata bahawa golongan ini juga tidak akan mempunyai nilai bertolak ansur yang
kemungkinan menjadi pencetus perselisihan kaum. Tujuan tajuk ini dipilih kerana, sejak
kebelakangan ini semangat perpaduan di negara kita semakin pudar dan menuju ke arah
yang membimbangkan. Oleh itu, kajian mengenai peristiwa hitam 13 Mei 1969 wajar dan
relevan dijalankan bagi isu perpaduan ini kerana, dengan mengenali punca berlakunya
rusuhan tersebut masyarakat dapat melaksanakan langkah-langkah yang sepatutnya agar
peristiewa tersebut tidak berulang. Hasil daripada soal selidik yang dijlankan dalam kajian ini,
dapati bahawa ramai daripada responden arif tentang peristiwa 13 Mei 1969 dan percaya
bahawa perpaduan di negara kita perlu dipupuk untuk mengelakkan sebarang rusuhan kaum.
Seterusnya, antara kebaikan menjalankan projek e-SULAM ini ialah kerjasama antara
komuniti luar dengan pelajar universiti akan dieratkan dengan menjalankan proses temu bual.
Selain itu, semangat berkumpulan pelajar-pelajar juga akan dapat ditingkatkan. Kelemahan
yang terdapat dalam projek e-SULAM ini ialah kesukaran untuk mendapatkan informen untuk
ditemu bual yang bersesuaian dengan tajuk kajian.
Kesimpulan
Sebagai konklusinya, pihak kerajaan perlu lebih peka dengan isu-isu perkauman yang
semakin berleluasa di negara kita. Dasar dan langkah-langkah proaktif perlu diambil untuk
menghidupkan semula semangat perpaduan di negara kita. Harapan menerusi kajian ini ialah,
dengan mengenali sejarah yang kukuh seperti mengenali peristiwa 13 Mei 1969, perpaduan
antara kaum akan menjadi kuat. Hasil kajian ini telah mendapati bahawa objektif kajian telah
tercapai.
Rujukan
BERNAMA, 13 Mei 2019. Dirujuk pada 11 Disember 2021. Peristiwa 13 Mei: Pengajaran
perlunya masyarakat bersatu padu. Dimuat turun daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/27800/BERITA/Nasional/Peristiwa-13-Mei-
Pengajaran-perlunya-masyarakat-bersatu-padu
Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia. Dirujuk pada 11 Disember 2021. Peristiwa 13 Mei. Dimuat
turun daripada https://www.rmp.gov.my/infor-korporate/polis-diraja-
malaysia/sejarah/peristiwa-13-mei
Muhamad Hazwan Ahmad,. Dirujuk pada 11 Disember 2021. Peristiwa 13 Mei. Dimuat turun
daripada https://www.scribd.com/doc/76774041/Peristiwa-13-Mei