Page 8 - Refleksi Kumpulan 12
P. 8
NAMA : NUR AMISHA BINTI SUTAN SYAHRIL
NO MATRIK : 066157
PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA UNDANG UNDANG DENGAN KEPUJIAN
PENGENALAN
Tujuan utama kajian E-Sulam adalah memupuk semangat perpaduan dalam kalangan
masyarakat serta melahirkan insan yang lebih berpatriotisme. Topik yang telah dipilih adalah
Peristiwa bersejarah 13 Mei 1969. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu titik hitam dalam
sejarah Malaysia dimana peristiwa berdarah ini telah meninggalkan impak yang besar
terhadap ekonomi, politik dan perkauman di Malaysia. Peristiwa ini telah menyebabkan
kecederaan, kehilangan nyawa, kemusnahan harta dan kepercayaan pada ketika itu. Tragedi
ini dipercayai berkait rapat dan bermula daripada “Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969”.
OBJEKTIF
I. Mengetahui tahap penghayatan dan pengetahuan berkenaan prinsip rukun
negara dalam kalangan masyarakat.
II. Memberikan kesedaran mengenai tragedi 13 Mei 1969 serta impak nya
terhadap masyarakat.
III. Mengenal pasti dasar dan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pihak
berkuasa dalam menangani masalah rusuhan kaum seperti tragedi 13 Mei
1969.
ANALISIS
Kajian E-Sulam yang dijalankan telah menggunakan dua kaedah dalam mengumpul
maklumat iaitu kaedah soal selidik dan proses temu bual. Kaedah soal selidik telah dijalankan
secara atas talian melalui pautan “ Google Form “ dan telah diedarkan melalui aplikasi
“Whatsapp & Telegram”. Sebanyak sembilan soalan yang terdapat dalam” Google Form” dan
hasil daripada pautan ini telah berjaya mengumpul 200 orang responden. Tajuk yang telah
dipilih adalah berkaitan dengan rukun negara yang dapat membentuk perpaduan kaum agar
dapat mengekalkan keharmonian negara. Untuk proses temubual, kami telah membuat
menerusi platform “ Google Meet “ untuk menemu bual dua orang komuniti pilihan kami. Panel
yang pertama adalah Puan Puteri Nur Suraya yang merupakan seorang peguam. Sebanyak
enam soalan yang ditujukan kepada Puan Puteri dan semua persoalan telah dijawab dengan
baik. Manakala panel yang kedua adalah Encik Muhammad Suhaizan Bin Suid. Beliau adalah
seorang guru sekolah menengah yang mempunyai pengalaman mengajar Sejarah lebih dari
12 tahun. Terdapat tujuh soalan yang telah ditanyakan kepada beliau. Antara persoalan yang
menjadi pertanyaan kepada Encik Muhammad Suhaizan adalah pandangan beliau, langkah
yang boleh diambil oleh pihak sekolah untuk memastikan perkara sebegini tidak lagi berlaku
pada masa hadapan. Untuk mengelakkan peristiwa ini berlaku lagi, pihak sekolah hendaklah
faham akan penegasan dan penghayatan dalam pembelajaran ini dan membimbing para
pelajar supaya menanam sifat saling hormat-menghormati yang sepatutnya diamalkan sejak
kecil lagi. Pihak sekolah juga boleh membuat aktiviti yang boleh menyatukan perpaduan kaum
sekaligus memberi kesedaran bahawa negara kita amat mementingkan hubungan perkauman
yang erat antara satu sama lain untuk menjamin masa depan yang baik untuk negara dan
dapat meningkatkan ekonomi negara.