Page 11 - Refleksi Kumpulan 12
P. 11
pada waktu yang tidak disangka. Oleh itu, Perlembagaan Persekutuan masih lagi menjadi
sumber rujukan utama jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Contohnya pada
Artikel 149 Bahagian 11 klausa 1 (a),(b),(c),(d),(e), dan (f) yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan iaitu Kuasa Khas yang diperuntukkan bagi menangani tindakan
yang memudaratkan ketenteraman awam. Sudah semestinya,terdapat beberapa kelebihan
dan juga kekurangan sepanjang kajian ini dijalankan. Kelebihan pertama para pengkaji
peroleh semasa menjalankan projek kajian E-SULAM ini adalah dapat meningkatkan tahap
keyakinan. Contohnya, dua orang daripada pengkaji menjadi telah moderator semasa sesi
temu bual dijalankan. Hal ini menyebabkan mereka lebih yakin dan secara tidak langsung
dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan lebih baik. Selain itu, semangat
berkumpulan juga dapat dibina. Perkara ini dapat dibuktikan apabila para pengkaji
bertungkus-lumus dengan memberikan cadangan dan buah fikiran yang bernas demi
menghasilkan sebuah kajian yang terbaik. Namun begitu, kelemahan yang didapati semasa
menjalankan kajian ialah para pengkaji menghadapi kesukaran dalam penyampaian dan
penerimaan maklumat kerana kajian ini dijalankan secara atas talian. Beberapa faktor seperti
kegagalan capaian internet dan gangguan bunyi merupakan asbab mengapa kelemahan ini
berlaku.
Kesimpulan
Tuntasnya, cadangan pengkaji bagi mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum di
Malaysia ialah dengan memperkasakan penghayatan dan elemen yang berteraskan Rukun
Negara dalam semua mata pelajaran bagi setiap peringkat umur. Pengkaji amat berharap
agar perpaduan antara kaum kekal erat dan harmoni sejajar dengan realisasi negara untuk
mewujudkan masyarakat yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama.
Justifikasinya, hasil kajian yang dijalankan oleh para pengkaji adalah berjaya dicapai dan
selaras dengan objektif yang ditetapkan.
Sumber Rujukan
Percetakan Nasional Malaysia Berhad Lawnet. Perlembagaan Persekutuan. Diperolehi
daripada 14 Disember 2021 daripada
https://www.jakess.gov.my/pdffile/ENAKMEN/Perlembagaan%20Persekutuan%20.pd
f
Prof.Madya Dr Nazri Muslim. (9 Januari 2021). Rukun Negara asas perpaduan, pembinaan
negara bangsa. Berita Harian Online. Bahan diakses pada 2 Februari 2018, daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2021/01/774092/rukun-negara-asas-
perpaduan-pembinaan-negara-bangsa