Page 27 - 关中:封面(AMENDED)
P. 27
Contoh 1:
Nama: Yap Ke Yin Kelas: S3S1
Tajuk: Kes pembuangan bayi dalam kalangan remaja semakin berleluasa kebelakangan ini.
Bincangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini
Saban hari kita dihidangkan dengan berita kes pembuangan bayi tidak kira melalui
media cetak ataupun media elektronik. Berita ini menyebabkan kita tidak berselera untuk
menikmati hidangan harian apatah lagi menikmati kudapan. Hal ini juga menyebabkan para
peneraju negara tidak dapat tidur malam kerana ketandusan idea dalam menangani masalah ini.
Oleh itu, sebelum masalah ini menjadi nanah dalam daging, jalan penyelesaian yang ampun
perlu dicari.
Sebagai langkah utama, ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk mengatasi
masalah ini. Hal ini dikatakan demikian kerana pendidikan awal yang diberikan oleh ibu bapa
kepada anak mereka membawa impak yang besar kepada masa hadapan mereka. Misalnya,
pendidikan moral dan pendidikan agama seseorang kanak-kanak haruslah mantap supaya
mereka boleh berfikir secara rasional dan mempercayai kewujudan Tuhan. Ibu bapa juga
bertanggungjawab untuk menunjukkkan teladan yang baik kepada anak mereka sejak kecil lagi
persis kata mutiara melentur biarlah dari rebungnya. Seseorang remaja yang menerima
pendidikan awal yang mencukupi akan bertindak rasional dan bertanggungjawab dalam
kehidupan. Natijahnya, ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk mengatasi masalah
ini.
Selain daripada itu, ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap kegiatan sosial anak
mereka. Hal ini kerana mereka boleh memberi nasihat kepada anak mereka supaya menjauhi
orang yang mungkin membawa kerugian kepada anak mereka. Lebih-lebih lagi, remaja akan
lebih selesa untuk meluahkan isi hati mereka kepada ibu bapa. Akibatnya, mereka boleh
berganding bahu untuk mengatasi masalah tersebut secara positif. Walaupun nasi sudah menjadi
bubur, remaja akan lebih bersedia untuk menjaga anak mereka jika mendapat sokongan dan
bimbingan daripada ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa haruslah memberikan lebih perhatian kepada
anak mereka untuk mengatasi masalah ini.
Seterusnya, langkah yang pragmatik untuk mengatasi masalah ini ialah pihak sekolah
haruslah mengadakan ceramah kepada golongan pelajar. Sebagai analogi, ceramah yang
berkaitan dengan pendidikan seks. Melalui ceramah sebegini, para pelajar mampu mempelajari
cara melindungi diri dan pelbagai pengetahuan berkaitan dengan seks. Oleh itu, remaja
berupaya untuk membezakan perbuatan yang betul daripada yang salah supaya mereka tidak
menyesal.
25