Page 29 - 关中:封面(AMENDED)
P. 29

Contoh 2:

                 Nama: Wong Chyi Shean               Kelas: S3S1

                 Tajuk: Pada suatu hari, anda yang paling awal sampai di sekolah berbanding dengan kawan
                 yang lain. Sementara menunggu ketibaan kawan anda yang lain, satu peristiwa yang tidak
                 dapat anda lupakan telah berlaku. Tulis peristiwa tersebut.
                        Pada suatu pagi, saya telah tiba di sekolah pada pukul 6 pagi, lebih awal dari biasa
                 kerana ayah saya telah menukar waktu bekerja dengan rakannya yang tidak selesa. Persekitaran
                 sekolah begitu gelap dan angina kencang bertiup terus-menerus kerana hujan turun dengan
                 lebat. Keadaan yang aneh ini telah menyebabkan saya berasa resah dan gelisah serta berfirasat
                 buruk.

                        Saya  menuju  ke  kelas  saya  dengan  perlahan-lahan  dalam  keadaan  yang  gelap  buta
                 kerana saya masih tidak menemui seseorang pelajar yang telah tiba di sekolah. Semasa melalui
                 kelas  lain,  hati  saya  berdebar-debar  dengan  pantas  kerana  situasi  hari  itu  terlalu  dahsyat.
                 Apabila saya tiba di depan pintu kelas saya, saya menggagahkan diri untuk masuk ke dalam
                 kelas.  Semasa  saya  ingin  menyalakan  lampu,  tiba-tiba,  sepantas  kilat  dalam  ribut  telah
                 menerangkan kelas saya dengan bunyi guntur yang lantang.

                        Dengan ini, saya melihat seakan-akan bayang manusia dalam kelas saya. Hati saya
                 semakin berdebar-debar dengan kuat. Apabila saya ingin mengenal pasti keadaan dalam kelas
                 saya sekali lagi, bunyi yang aneh telah memutuskan pemikiran saya yang ingin menjernihkan
                 kejadian yang sebenarnya. Pada ketika itu, kilat sabung-menyabung telah menerangkan kelas
                 saya sekali lagi. Tidak salah lagi, itu bukan bayang-bayang tapi manusia!

                        “Ha…… Hantu!” Aku menjerit dengan kuat lalu berlari pantas dari kelasa seperti lipas
                 kudung.  “Tolong! Tolong!” Sambil berlari saya menjerit meminta tolong.

                        Saya terlanggar pasu bunga ketika berlari pantas dengan kelam kabut menyebabkan
                 saya menjerit kesakitan. Jeritan saya didengari oleh beberapa orang pengawal keselamatan
                 yang sedang meronda. Mereka telah memapah saya berdiri, dan meminta keterangan tentang
                 kejadian  yang  menyebabkan  saya  kelam-kabut.  Salah  satu  orang  pengawal  keselamatan
                 menenteramkan perasaan hati saya .

                        Saya mengikuti pengawal keselamatan menuju ke kelas saya dengan berhati-hati. Salah
                 satu orang pengawal keselamatan telah menyalakan lampu kelas kita. Di dalam kelas tidak ada
                 manusia  hidup  atau  “hantu”  yang  saya  nampak,  tetapi  terdapat  dua  buah  patung  yang
                 menyebabkan saya tersalah anggap sebagai “hantu”. Bunyi yang aneh itu berasal dari tingkap
                 yang tidak ditutup dengan rapat.

                        Keadaan yang sebenarnya jelas dan menyebabkan saya berasa lega. Saya menyatakan
                 terima  kasih  dengan  tulus  ikhlas  kepada  pengawal  keselamatan  yang  membantu  saya
                 mencari   kebenaran.  Saya  bersyukur  kerana  menemui  pengawal  keselamatan  yang  sedang
                 menjalankan perondaan dan mereka tidak mengetawakan saya yang bersifat kecut hati.



                                                             27
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34