Page 30 - 关中:封面(AMENDED)
P. 30

Contoh 3:

                 Nama: Sam Yuen Hui           Kelas: S3S1

                 Tajuk: Pada suatu pagi, anda yang paling awal tiba di sekolah berbanding dengan kawan
                 yang lain. Sementara menunggu ketibaan kawan anda yang lain, suatu peristiwa yang tidak
                 dapat anda lupakan telah berlaku.Tulis peristiwa tersebut.

                        Pada suatu hari, emak membangunkan saya dari tidur lebih awal dari biasa kerana dia
                 perlu bekerja awal. Selepas bersiap sedia, emak menghantar saya ke sekolah dengan kereta.
                 Semasa sampai di sekolah, langit masih gelap sahaja. Emak meninggalkan saya lalu pergi
                 bekerja. Dengan suara enjin kereta emak semakin menjauh, semakin seram saya berasa. Saya
                 mengetepikan fikiran takut dan duduk sementara menunggu ketibaan kawan.

                        Selepas beberapa lama, tiada bunyi lagi saya dengar. Sekolah menjadi sunyi semula. Saya
                 yang berada di belakang tiang pula ingin berdiri perlahan-lahan. ‘Kling, klang…’ Bunyi pelik
                 sekali lagi terdengar. Sepasang tangan yang kotor dan berdarah terhulur. “Ahh…” Saya menjerit
                 dan cuba mengangkat kakiku untuk berlari, tetapi badan saya tidak terkawal. Satu bayangan orang
                 bergerak  dengan  cepat  dan  akhirnya  berdiri  di  hadapan  saya.  Peluh  telah  membasahkan  baju
                 seragam saya. Tiba-tiba, mulut saya ditutup oleh sepasang tangan yang kotor dan sedang berdarah.

                        Air  mata  saya  telah  mengalir.  Saya  akhirnya  nampak  seorang  lelaki  yang  bajunya
                 compang-camping. Shh… Diam!” Lelaki itu bersuara. “Saya bukan orang jahat. Saya hanya ingin
                 mengumpul tin-tin sahaja. Jangan beritahu orang lain.” Dia bercakap lagi.

                        Saya menganggukkan kepala saya dan merenung kepadanya. Dia melepaskan saya dan
                 berpatah balik dan mengutip tin-tin kosong di lantai. Selepas menaruh semua tin kosong ke dalam
                 beg plastik, dia menoleh ke arah saya lalu mula bercerita. Rupa-rupanya dia ialah seorang guru
                 dulu, tetapi isterinya telah meninggal dunia. Dia sedih sangat dan akhirnya meletakkan jawatan
                 dan ingin mengembara sahaja sehingga mati. ‘Tiada apa-apa lagi yang bernilai untuk meneruskan
                 kehidupan di dunia ini.’ Dia memberitahu saya.

                        Selepas mendengar ceritanya, saya berasa kecewa dan menasihati dia agar menghargai
                 setiap masa di dunia ini. ‘Sebagai insan, kita tidak patut berfikir sebegini.  Tidak berbaloi kalau
                 kita menjadi seorang yang hanya hidup dalam kekecewaan sekiranya menghadapi suatu peristiwa.
                 Tambahan pula, sekiranya kenangan manis semasa bersama masih berada dalam ingatan kita, orang
                 yang  telah  meninggal  dunia  akan  bersama  dengan  kita  selama-selamanya.’  Saya  terus
                 menasihatinya agar memulakan kehidupan yang baru.

                        Dia juga tersedar dari kemurungan dan memutuskan untuk memulakan kehidupan baru.
                 Langit  semakin  terang,  dia  bergegas  untuk  meninggalkan  sekolah.  Sebelum  beredar,  dia
                 mengalirkan air mata sambil mengucapkan terima kasih kepada saya. Saya merenung belakangnya
                 semasa dia beredar. Bayangannya semakin kecil dan saya terfikir, “Mungkinlah kehidupan adalah
                 sebegini…’

                        Tidak  lama  kemudian,  rakan-rakan  juga  sudah  tiba.  Saya  mengemaskan  diri  dan
                 menenangkan fikiran saya lalu memulakan pelajaran semasa di kelas. Semasa di kelas, saya
                 merenung ke langit. Saya berasa peristiwa ini tidak akan saya lupakan selama-lamanya.


                                                             28
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35