Page 31 - 关中:封面(AMENDED)
P. 31
Contoh 4:
Nama: Tengku Nur Fazlin Kelas: S3C1
Industri inap desa semakin popular di negara kita. Industri ini telah membawa pelbagai
kebaikan. Nyatakan kebaikan-kebaikan industry inap desa.
Pada era globalisasi ini, industry inap desa menjadi semakin popular seperti cendawan
tumbuh selepas hujan di negara kita. Inap desa atau ‘homestay’ adalah satu konsep percutian
dengan mengalami gaya hidup di sesebuah kampung. Pelbagai kebaikan telah dibawa oleh
industry ini. Persoalannya, apakah kebaikan-kebaikan industri inap desa?
Kebaikan industry inap desa ialah pengunjung atau pelancong dapat beramah mesra
dengan penduduk di sekitar kampung yang berdekatan dengan inap desa tersebut. Apabila
pelancong mengunjungi sesebuah keluarga di kampung, pelancong tersebut dapat mengetahui
dan mempelajari kebudayaan penduduk kampung di kampung tersebut. Sebagai contohnya,
pelancong dapat mengenali makanan yang mungkin tidak pernah dimakan oleh mereka. Oleh
itu, pelancong dapat mempelajari kebudayaan penduduk kampung ketika beramah mesra
dengan mereka.
Seterusnya, kebaikan industry inap desa kepada pengusaha inap desa tersebut ialah
dapat menambah pendapatan mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana ramai pelancong
asing akan pilih untuk mendiami inap desa dan bukannya di hotel. Pelancong-pelancong yang
memilih untuk mendiami inap desa dapat berbelanja dalam aktiviti yang disediakan oleh
pengusaha. Sebagai contohnya, terdapat pengusaha yang menyediakan aktiviti seperti
menunggang kuda. Intiharnya, apabila pelancong berbelanja untuk aktiviti yang disediakan
oleh pengusaha serta mendiami di inap desa, pengusaha tersebut dapat menambah pendapatan.
Selain itu, inap desa dapat membawa kebaikan kepada industri kampung. Perkara ini
menyebabkan penduduk yang berupaya untuk menghasilkan kraftangan dapat menjual
kraftangan yang dihasilkan kepada pelancong. Dengan ini, wujudlah industry kraftangan di
kampung.
Selain daripada itu, industri inap desa dapat membawa kebaikan kepada penduduk
kampung. Sebagai contohnya, kewujudan industri kraftangan di kampung boleh menambah
pendapatan penduduk kampung. Hasil kraftangan yang unik dan istimewa dapat memukau hati
pelancong untuk membeli lebih banyak hasil mereka. Pelancong juga boleh menyaksikan atau
belajar sendiri proses penghasilan kraftangan. Penduduk kampung boleh menerima
pembayaran daripada pelancong untuk mengajar pelancong menghasilkan kraftangan yang
mereka inginkan.
29