Page 27 - 关中腾飞校讯4.0
P. 27

Contoh 1:

                  Nama: Yap Ke Yin            Kelas: S3S1

                  Tajuk: Kes pembuangan bayi dalam kalangan remaja semakin berleluasa kebelakangan ini.
                  Bincangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini

                        Saban  hari  kita  dihidangkan  dengan  berita  kes  pembuangan  bayi  tidak  kira  melalui
                 media  cetak  ataupun  media  elektronik.  Berita  ini  menyebabkan  kita  tidak  berselera  untuk
                 menikmati hidangan harian apatah lagi menikmati kudapan. Hal ini juga menyebabkan para
                 peneraju negara tidak dapat tidur malam kerana ketandusan idea dalam menangani masalah ini.
                 Oleh itu, sebelum masalah ini menjadi nanah dalam daging, jalan penyelesaian yang ampun
                 perlu dicari.

                        Sebagai langkah utama, ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk mengatasi
                 masalah ini. Hal ini dikatakan demikian kerana pendidikan awal yang diberikan oleh ibu bapa
                 kepada anak mereka membawa impak yang besar kepada masa hadapan mereka. Misalnya,
                 pendidikan  moral  dan  pendidikan  agama  seseorang  kanak-kanak  haruslah  mantap  supaya
                 mereka  boleh  berfikir  secara  rasional  dan  mempercayai  kewujudan  Tuhan.  Ibu  bapa  juga
                 bertanggungjawab untuk menunjukkkan teladan yang baik kepada anak mereka sejak kecil lagi
                 persis  kata  mutiara  melentur  biarlah  dari  rebungnya.  Seseorang  remaja  yang  menerima
                 pendidikan  awal  yang  mencukupi  akan  bertindak  rasional  dan  bertanggungjawab  dalam
                 kehidupan. Natijahnya, ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk mengatasi masalah
                 ini.

                        Selain daripada itu, ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap kegiatan sosial anak
                 mereka. Hal ini kerana mereka boleh memberi nasihat kepada anak mereka supaya menjauhi
                 orang yang mungkin membawa kerugian kepada anak mereka. Lebih-lebih lagi, remaja akan
                 lebih  selesa  untuk  meluahkan  isi  hati  mereka  kepada  ibu  bapa.  Akibatnya,  mereka  boleh
                 berganding bahu untuk mengatasi masalah tersebut secara positif. Walaupun nasi sudah menjadi
                 bubur, remaja akan lebih bersedia untuk menjaga anak mereka jika mendapat sokongan dan
                 bimbingan daripada ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa haruslah memberikan lebih perhatian kepada
                 anak mereka untuk mengatasi masalah ini.

                        Seterusnya, langkah yang pragmatik untuk mengatasi masalah ini ialah pihak sekolah
                 haruslah  mengadakan  ceramah  kepada  golongan  pelajar.  Sebagai  analogi,  ceramah  yang
                 berkaitan dengan pendidikan seks. Melalui ceramah sebegini, para pelajar mampu mempelajari
                 cara  melindungi  diri  dan  pelbagai  pengetahuan  berkaitan  dengan  seks.  Oleh  itu,  remaja
                 berupaya untuk membezakan perbuatan yang betul daripada yang salah supaya mereka tidak
                 menyesal.


                                                             25
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32