Page 30 - 关中腾飞校讯4.0
P. 30
Contoh 3:
Nama: Sam Yuen Hui Kelas: S3S1
Tajuk: Pada suatu pagi, anda yang paling awal tiba di sekolah berbanding dengan kawan
yang lain. Sementara menunggu ketibaan kawan anda yang lain, suatu peristiwa yang tidak
dapat anda lupakan telah berlaku.Tulis peristiwa tersebut.
Pada suatu hari, emak membangunkan saya dari tidur lebih awal dari biasa kerana dia
perlu bekerja awal. Selepas bersiap sedia, emak menghantar saya ke sekolah dengan kereta.
Semasa sampai di sekolah, langit masih gelap sahaja. Emak meninggalkan saya lalu pergi
bekerja. Dengan suara enjin kereta emak semakin menjauh, semakin seram saya berasa. Saya
mengetepikan fikiran takut dan duduk sementara menunggu ketibaan kawan.
Selepas beberapa lama, tiada bunyi lagi saya dengar. Sekolah menjadi sunyi semula. Saya
yang berada di belakang tiang pula ingin berdiri perlahan-lahan. ‘Kling, klang…’ Bunyi pelik
sekali lagi terdengar. Sepasang tangan yang kotor dan berdarah terhulur. “Ahh…” Saya menjerit
dan cuba mengangkat kakiku untuk berlari, tetapi badan saya tidak terkawal. Satu bayangan orang
bergerak dengan cepat dan akhirnya berdiri di hadapan saya. Peluh telah membasahkan baju
seragam saya. Tiba-tiba, mulut saya ditutup oleh sepasang tangan yang kotor dan sedang berdarah.
Air mata saya telah mengalir. Saya akhirnya nampak seorang lelaki yang bajunya
compang-camping. Shh… Diam!” Lelaki itu bersuara. “Saya bukan orang jahat. Saya hanya ingin
mengumpul tin-tin sahaja. Jangan beritahu orang lain.” Dia bercakap lagi.
Saya menganggukkan kepala saya dan merenung kepadanya. Dia melepaskan saya dan
berpatah balik dan mengutip tin-tin kosong di lantai. Selepas menaruh semua tin kosong ke dalam
beg plastik, dia menoleh ke arah saya lalu mula bercerita. Rupa-rupanya dia ialah seorang guru
dulu, tetapi isterinya telah meninggal dunia. Dia sedih sangat dan akhirnya meletakkan jawatan
dan ingin mengembara sahaja sehingga mati. ‘Tiada apa-apa lagi yang bernilai untuk meneruskan
kehidupan di dunia ini.’ Dia memberitahu saya.
Selepas mendengar ceritanya, saya berasa kecewa dan menasihati dia agar menghargai
setiap masa di dunia ini. ‘Sebagai insan, kita tidak patut berfikir sebegini. Tidak berbaloi kalau
kita menjadi seorang yang hanya hidup dalam kekecewaan sekiranya menghadapi suatu peristiwa.
Tambahan pula, sekiranya kenangan manis semasa bersama masih berada dalam ingatan kita, orang
yang telah meninggal dunia akan bersama dengan kita selama-selamanya.’ Saya terus
menasihatinya agar memulakan kehidupan yang baru.
Dia juga tersedar dari kemurungan dan memutuskan untuk memulakan kehidupan baru.
Langit semakin terang, dia bergegas untuk meninggalkan sekolah. Sebelum beredar, dia
mengalirkan air mata sambil mengucapkan terima kasih kepada saya. Saya merenung belakangnya
semasa dia beredar. Bayangannya semakin kecil dan saya terfikir, “Mungkinlah kehidupan adalah
sebegini…’
Tidak lama kemudian, rakan-rakan juga sudah tiba. Saya mengemaskan diri dan
menenangkan fikiran saya lalu memulakan pelajaran semasa di kelas. Semasa di kelas, saya
merenung ke langit. Saya berasa peristiwa ini tidak akan saya lupakan selama-lamanya.
28