Page 28 - 关中腾飞校讯4.0
P. 28
Selain daripada itu, para guru kaunseling haruslah sentiasa bersedia untuk
menghulurkan bantuan kepada pelajar yang menghadapi masalah. Para guru kaunseling wajib
mengambil berat tentang kesihatan mental pelajar dan membimbing mereka untuk membuat
keputusan yang betul dalam kehidupan. Hal ini disebabkan oleh fikiran para pelajar masih
belum matang dan mudah dipengaruhi oleh orang lain. Justeru, sudah terang lagi bersuluh
bahawa pihak sekolah mempunyai keupayaan untuk menyelesaikan masalah remaja hamil dan
pembuangan bayi.
Akhirnya, langkah yang holistik untuk menyelesaikan kes pembuangan bayi ialah
pihak kerajaan harus membina atau memberi tempat perlindungan kepada remaja. Hal ini
dikatakan demikian kerana remaja yang terlibat amat memerlukan tempat perlindungan kepada
mereka untuk melahirkan anak mereka dengan selamat. Jika remaja tidak mendapat sokongan
daripada ahli keluarga, maka tempat perlindungan merupakan tempat bagi mereka menerima
perlindungan dan kasih sayang. Tambahan pula, remaja dapat belajar cara menjaga bayi supaya
berupaya untuk menjaga anak mereka pada masa hadapan. Akibatnya, mereka tidak akan
melakukan perbuatan yang negatif seperti menggugurkan janin mereka ataupun membuang
bayi. Oleh itu, kerajaan haruslah menyediakan payung sebelum hujan dengan membina tempat
perlindungan kepada remaja yang hamil supaya mereka tidak akan terlibat dalam kes
pembuangan bayi.
Lebih-lebih lagi, cara yang konkrit untuk mengatasi masalah ini ialah pihak sekolah
menitikberatkan pendidikan moral di sekolah. Hal ini dikatakan kerana para pelajar mampu
mempelajari nilai-nilai yang baik untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Tamsilannya,
nilai rasional, nilai bertanggungjawab, nilai kasih sayang dan nilai mematuhi undang-undang.
Cara yang paling efektif adalah pihak sekolah menambahkan masa murid menduduki kelas
pendidikan Moral. Para guru juga haruslah menyediakan bahan bacaan dan mengadakan
ceramah untuk membina pelajar yang mempunyai fikiran yang rasional dan suci. Hal ini
memerlukan usaha yang berterusan dan pihak sekolah tidak haruslah melepaskan batuk di
tangga. Setelah menerima ajaran dan bimbingan guru, probabiliti seseorang remaja melakukan
kesalahan akan menjadi lebih rendah. Tuntasnya, pihak sekolah perlu menyediakan pendidikan
Moral bagi para pelajar supaya masalah ini dapat diselesaikan.
Berdasarkan semua cara penyelesaian yang dinyatakan di atas, jelaslah bahawa ibu
bapa, pihak sekolah dan pihak kerajaan memainkan peranan yang amat penting untuk
mengurangkan kes pembuangan bayi di Malaysia. Semua pihak haruslah berganding bahu dan
yakin bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan supaya negara kita boleh berjaya
mengatasi masalah kes pembuangan bayi dalam negara pada suatu hari nanti. Sebagai seorang
remaja, kami juga bertanggungjawab untuk memberi impak yang positif kepada rakan kami
supaya mereka tidak terpesong dalam jalan kehidupan. Marilah kita yakin bahawa ‘Malaysia
Boleh’.
26