Page 31 - 关中腾飞校讯4.0
P. 31

Contoh 4:


                 Nama: Tengku Nur Fazlin             Kelas: S3C1

                 Industri inap desa semakin popular di negara kita. Industri ini telah membawa pelbagai
                 kebaikan. Nyatakan kebaikan-kebaikan industry inap desa.


                        Pada era globalisasi ini, industry inap desa menjadi semakin popular seperti cendawan
                 tumbuh selepas hujan di negara kita. Inap desa atau ‘homestay’ adalah satu konsep percutian
                 dengan mengalami gaya hidup di sesebuah kampung. Pelbagai kebaikan telah dibawa oleh
                 industry ini. Persoalannya, apakah kebaikan-kebaikan industri inap desa?

                        Kebaikan industry inap desa ialah pengunjung atau pelancong dapat beramah mesra
                 dengan penduduk di sekitar kampung  yang berdekatan dengan inap desa tersebut. Apabila
                 pelancong mengunjungi sesebuah keluarga di kampung, pelancong tersebut dapat mengetahui
                 dan mempelajari kebudayaan penduduk kampung di kampung tersebut. Sebagai contohnya,
                 pelancong dapat mengenali makanan yang mungkin tidak pernah dimakan oleh mereka. Oleh
                 itu,  pelancong  dapat  mempelajari  kebudayaan  penduduk  kampung  ketika  beramah  mesra
                 dengan mereka.

                        Seterusnya, kebaikan industry inap desa kepada pengusaha inap desa tersebut ialah
                 dapat  menambah  pendapatan  mereka.  Hal  ini  dikatakan  demikian  kerana  ramai  pelancong
                 asing akan pilih untuk mendiami inap desa dan bukannya di hotel. Pelancong-pelancong yang
                 memilih  untuk  mendiami  inap  desa  dapat  berbelanja  dalam  aktiviti  yang  disediakan  oleh
                 pengusaha.  Sebagai  contohnya,  terdapat  pengusaha  yang  menyediakan  aktiviti  seperti
                 menunggang kuda. Intiharnya, apabila pelancong berbelanja untuk aktiviti yang disediakan
                 oleh pengusaha serta mendiami di inap desa, pengusaha tersebut dapat menambah pendapatan.

                        Selain itu, inap desa dapat membawa kebaikan kepada industri kampung. Perkara ini
                 menyebabkan  penduduk  yang  berupaya  untuk  menghasilkan  kraftangan  dapat  menjual
                 kraftangan yang dihasilkan kepada pelancong. Dengan ini, wujudlah industry kraftangan di
                 kampung.

                        Selain  daripada  itu,  industri  inap  desa  dapat  membawa  kebaikan  kepada  penduduk
                 kampung. Sebagai contohnya, kewujudan industri kraftangan di kampung boleh menambah
                 pendapatan penduduk kampung. Hasil kraftangan yang unik dan istimewa dapat memukau hati
                 pelancong untuk membeli lebih banyak hasil mereka. Pelancong juga boleh menyaksikan atau
                 belajar  sendiri  proses  penghasilan  kraftangan.  Penduduk  kampung  boleh  menerima
                 pembayaran  daripada  pelancong  untuk  mengajar  pelancong  menghasilkan  kraftangan  yang
                 mereka inginkan.










                                                             29
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36