Page 7 - PERSAMPELAN POPULASI KUMBANG BERAS (E-BOOK)
P. 7
KERJA KURSUS BIOLOGI PERSEKITARAN
Kutu Beras Kutu Jagung
Sitiphilus oryzae Sitiphilus zeamais
Page | 5
Kutu beras mempunyai bintil-bintil di atas Kutu jagung mempunyai bintil2 pada
belakang yang kurang jelas. belakang yang lagi jelas.
Jadual 1.1 Fizikal bentuk kumbang beras pada atas belakang.
Seekor kutu beras betina mampu mengeluarkan sebanyak 300 sehingga 400 biji telur
sekali dan apabila ia mencapai umur dewasa, ia akan hidup selama 5 bulan dan selepas itu
berkeupayaan untuk terbang ke lokasi bekas simpanan beras yang lain (Yao, 2003). Haiwan
perosak ini telah menimbulkan masalah kepada pengguna di mana beras akan menjadi rosak
sekiranya ia dibiarkan terus membiak dan hidup di dalamnya. Selain pengguna, kerugian
turut dirasai oleh pembekal, oleh itu, mereka telah menggunakan teknologi yang khusus
dalam membendung masalah ini. Namun, mereka perlulah sentiasa mengkaji tentang kaedah
pengawalan tersebut agar tidak memberi kesan kimia terhadap beras yang akan digunakan
oleh pengguna nanti.
Rajah 1.0 Cara kumbang / kutu beras bertelur.