Page 10 - PERSAMPELAN POPULASI KUMBANG BERAS (E-BOOK)
P. 10
KERJA KURSUS BIOLOGI PERSEKITARAN
Jadua 3.0 : Jumlah perkilogram populasi kumbang.
KUANTITI SAMPEL 200G
BERAS (G) SAMPEL A SAMPEL B
JUMLAH PERKILOGRAM
Page | 8
POPULASI KUMBANG
195 390
(JUMLAH POPULASI / 0.2
KG)
9.0 LANGKAH BERJAGA-JAGA
Antara langkah berjaga-jaga ketika melaksanakan tugasan ini ialah :
i. Sentiasa berhati-hati dalam mengendalikan alatan yang berkaca seperti bikar dan
piring pater.
ii. Pastikan tiada objek lain atas penimbang elektronik yang boleh membawa ralat
kepada eksperimen.
iii. Mengulangi sebanyak tiga kali semasa menimbang kedua-dua sampel beras.
10.0 PERBINCANGAN / KESIMPULAN
Jika diperhatikan pada awal eksperimen, sampel beras A sebenarnya disimpan lebih
lama iaitu setahun berbanding sampel beras B iaitu hanya dua bulan sahaja. Namun begitu,
populasi kumbang yang dijumpai dalam sampel beras B adalah lebih banyak berbanding
sampel beras A. Hal ini disebabkan oleh sampel beras B disimpan di kawasan yang lebih
lembab berbanding sampel beras A. Selain itu, sampel beras A juga bekasnya ditutup dengan
rapat berbanding sampel beras B. Kedua-dua faktor telah menyebabkan hasil populasi dalam
kedua-dua bekas beras menunjukkan perbezaan yang ketara masing-masingnya. Di sini kita
dapat simpulkan bahawa kadar kelembapan dan pengudaraan mempengaruhi suhu dalam
bekas beras. Bekas beras yang mempunyai suhu yang lebih rendah dan keadaan yang lebih
lembab dapat meningkatkan kadar pembiakan kumbang beras (Clima Tech Wiki, 2013).
Rajah 3.0