Page 11 - PERSAMPELAN POPULASI KUMBANG BERAS (E-BOOK)
P. 11

KERJA KURSUS BIOLOGI PERSEKITARAN



                       10.1   BERAS MENJADI LOKASI PILIHAN UNTUK KUMBANG MEMBIAK.

                       Terdapat pelbagai sebab mengapa beras menjadi antara pilihan lokasi terbaik untuk

               kumbang  membiak.    Secara  saintifiknya,  beras  merupakan  salah  satu  makanan  kepada
               kumbang beras dan ia membekalkan sumber tenaga kerana kaya dengan kerbohidrat.  Cara
       Page | 9
               pembiakannya  adalah  melalui  bertelur.    Kumbang  beras  betina  akan  menggigit  dan
               memasukkan telur halus berbentuk bulat lonjong ke dalam biji beras.  Seekor kumbang beras
               betina  mampu  mengeluarkan  sebanyak  300-400  biji  telur  dalam  satu-satu  masa.    Telur

               berwarna putih akan dilitupi (sealed) dengan cecair khas.  Telur akan menetas mengeluarkan
               larva berukuran 4 mm panjang tanpa kaki.  Ia akan memakan biji beras kemudian, membentuk
               kepompong atau pupa.  Setelah matang, pupa akan menjadi dewasa dan keluar dari dalam

               biji benih dengan mempunyai 6 kaki serta dua sesungut pendek serta muncung di dalam
               kepalanya.    Keadaan  beras  yang  lembab  merupakan  keadaan  yang  paling  sesuai  untuk
               pembiakan kumbang.


























                                                        Rajah 4.0

                       10.2   KAEDAH  RAWATAN  BAGI  MEMBASMI  SERANGAN  KUMBANG
                          TERHADAP BERAS DAN TIDAK MENJEJASKAN KUALITI BERAS.


                       Terdapat  beberapa  kaedah  rawatan  yang  sesuai  digunakan  bagi  membasmii
               serangan  kumbang  beras  dan  pada  masa  yang  sama  menjaga  kualiti  beras  tersebut.
               Antaranya  ialah  kaedah  fumigasi,  kawalan  suhi  tinggi  dan  penggunaan  produk

               tumbuhan dalam mengawal pembiakan kumbang beras.  Pertama ialah kaedah  kawalan
               fumigasi, kaedah ini sesuai digunakan untuk semua jenis bijirin.  Dengan menggunakan metil

               bromida, kaedah dijalankan dalam keadaan protokol khusun yang selama dan mengikutu
               kuantiti yang sewajarnya.  Pengilang dan pengedar yang ingin menjalankan fumigasi mestilah
               mendapatkan kelulusan dan kebenaran pihak berkuasa.  Namun begitu, kaedah fumigasi ini

               boleh membahayakan manusia jika dijalankan tidak mengikut prosedur yang betul.
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15