Page 14 - PERSAMPELAN POPULASI KUMBANG BERAS (E-BOOK)
P. 14

KERJA KURSUS BIOLOGI PERSEKITARAN



                       Busha Bibwe (2017) juga ada menyatakan bahawa kaedah Penyimpanan Hermatic
               untuk  meningkatkan  kualiti  bijirin  dan  biji  benih  kerana  ia  dapat  mengekalkan  kandungan

               kelembapan dan mengurangkan kerosakan akibat serangga perosak (kumbang beras) tanpa
               menggunakan  racun  serangga.    Penyimpanan  Hermatic  berperanan  dengan  cara
     Page | 12  mengedapkan bijirin yang disimpan daripada atmosfera luar.  Ia mengekalkan kemasukan

               oksigen dan udara yang lembap daripada udara persekitaran dan dapat melindungi bijirin
               daripada  mana-mana  serangga  perosak  (Caneppele  et  al,  2003).    Dalam  kaedah

               penyimpanan ini, terdapat bebrapa bahan peralatan yang digunakan seperti beg super grains,
               cocooon storage, bunkers, pits tunnel  dan silo bag.

                       Kesimpulannya,  kumbang  beras  merupakan  sejenis  haiwan  yang  perosak  yang

               secara khasnya akan menyerang makanan dari jenis bijiirin seperti beras, barli, kekacang,
               tepung dan juga jagung.  Pengawalan dan pencegahan daripada haiwan ini membiak perlulah
               dilakukan bukan sahaja di rumah, malah ia bermula daripada kilang lagi.  Hal ini penting untuk

               memastikan bijiran tidak rosak oleh sebab haiwan ini (Campbell JF, 2002).  Namun begitu,
               dalam  pengawalan  dan  pencegahan  daripada  kumbang  membiak,  kita  juga  perlulah

               memastikan suapaya kualiti bijirin tersebut, khasnya dari sudut tekstur rasa dan kandungan
               nutrien tidak terjejas.  Pada masa yang sama penggunaan bahan kimi juga perlulah mengikut
               kuantiti yang ditetapkan.  Hal ini penting kerana ia menjamin kesihatan diri manusia.




               11.0    KESIMPULAN

                   Kesimpulannya, kutu beras merupakan haiwan perosak yang boleh menjejaskan kualiti

               beras dan juga jenis-jenis bijirn lain.  Pelbagai langkah yang patut diambil untuk memastikan
               kutu beras ini tidak membiak dalam simpanan beras kita.
   9   10   11   12   13   14   15