Page 13 - PERSAMPELAN POPULASI KUMBANG BERAS (E-BOOK)
P. 13
KERJA KURSUS BIOLOGI PERSEKITARAN
10.3 BIJIRIN YANG MENGHADAPI SERANGAN KUMBANG BERAS SELAIN
BERAS.
Page | 11 Selain daripada beras, terdapat juga bijirin-bijiri lain yang turut diserang dengan
kumbang beras. Contohnya seperti tepung, kekacang, barli dan jagung kering (Ashamo MO,
2006). . Oleh yang demikian, untuk penyimpanan terbaik di rumah, kesemua makanan jenis
bijirin seperti itu perlulah disimpan ditempat yang kering, tertutup rapat, kedap udara dan boleh
juga di simpin di dalam peti sejuk jika ingin menyimpannya pada jangka masa yang lebih lama.
Rajah 5.0 Kutu beras pada barli.
10.4 KAEDAH PENYIMPANAN YANG SESUAI TANPA MEROSAKKAN KUALITI
BIJIRIN.
Menurut Buletin Teknologi MARDI (2013), MARDI telah menjalankan satu aktiviti
penyelidikan dan pembangunan terhadap aspek mutu beras dan juga penyimpanannya.
Salah satu aktivit yang dijalankan adalah dengan mengekalkan kualiti beras semasa
penyimpanan melalui teknik keusangan cepat dengan penggunaan haba lembap pada
peringkat pengeringan padi. Keusangan cepat dijalankan dengan memanaskan padi pada
kelembapan (18%, 20% dan 24%) dengan suhu tinggi (80˚C, 100˚C dan 120˚C) di dalam
bekas tertutup agar tiada kehilangan lembapan untuk mengelakkan keretakan padi.