Page 12 - PERSAMPELAN POPULASI KUMBANG BERAS (E-BOOK)
P. 12
KERJA KURSUS BIOLOGI PERSEKITARAN
Kemudian ialah kaedah kawalan suhu. Suhu yang tinggi boleh membunuh kumbang
beras dalam kontena khas yang dibina. Selain lebih murah dan menjimatkan, ia juga selamat
digunakan. Namun begitu keberkesanannnya kurang sempurna kerana kemungkinan besar,
tidak semua kumbang boleh mati dan suhu mampu menjejaskan nutrisi kepada beras
Page | 10 tersebut. Seterusnya ialah kaedah penggunaan produk tumbuhan. Kaedah ini hanya
sesuai digunakan di rumah sahaja. Produk tumbuhan yang boleh digunakan termasuklah
minyak tumbuhan, daun dan serbuk tumbuhan serta estrak daripadanya. Contohnya ialah
minyak biji Neem, ia merupakan produk yang paling berkesan dalam mengawal pembiakan
kumbang beras (Grain SA., 2016).
Selain itu, dalam konteks kawalan di rumah juga, terdapat beberapa petua yang turut
boleh digunakan untuk menghalau kumbang beras. Caranya adalah dengan meletakkan
bahan yang mempunyai aroma yang kuat seperti daun limau purut, daun pandan dan kulit
kayu manis. Walaupun baunya wangi untuk manusia, ia tidak selesa untuk kumbang beras
kerana baunya terlalu kuat. Hal ini akan menyebabkan kumbang berasa tidak selesa dan
mula meninggalkan lokasi tersebut. Dalam pada itu, untuk memastikan kaedah ini lebih
berkesan, bahan-bahan tersebut diletakkan pada ketiga-tiga bahagian iaitu bahagian atas,
tengah dan bawah. Ia lebih efektif untuk menghalau kumbang beras. Selain itu, sekiranya
kumbang masih terlalu banyak, boleh juga diletakkan cilik kering dalam beras tersebut. Rasa
pedas dan panas cili kering juga menyebabkan kumbang beras tidak selesa. Petua yang
terakhir pula ialah menjemur beras tersebut di bawah cahaya matahari. Dengan cara ini, kita
akan dapat lihat kumbang akan berpusu-pusu keluar daripada beras tersebut.
Rajah 5.0 Bekas yang sesuai digunakan untuk menyimpan beras.