Page 91 - Buku Laporan Tahunan Jabatan Perikanan Malaysia 2023
P. 91

LAPORAN TAHUNAN 2023                                                    Jabatan Perikanan Malaysia


            10.2   Pelaksanaan Latihan Industri/ Latihan Sangkut/ Latihan Peralihan

                  Bahagian Pembangunan Modal Insan telah melaksanakan latihan hands on berkaitan teknologi perikanan
                  di fasiliti DOF yang diuruskan oleh pihak jabatan. Permohonan daripada usahawan dan bakal usahawan,
                  penternak, nelayan, pelajar dan tentera yang bakal bersara dilaksanakan mengikut kesesuaian teknologi
                  yang dimiliki oleh pihak jabatan, masa tenaga pengajar, bilangan peserta dan tempoh masa latihan diadakan.


                  Sebanyak 158 pelajar latihan industri, enam pelatih latihan sangkut daripada syarikat atau institut pengajian
                  tinggi dan lima pelatih latihan peralihan yang terdiri daripada bakal pesara tentera telah ditempatkan di
                  beberapa fasiliti DOF seperti Pusat Pengembangan Akuakultur, Institut Penyelidikan Perikanan, Pusat Ikan
                  Hiasan dan lain-lain.


                        Pencapaian latihan industri, latihan sangkut dan latihan peralihan bagi tahun 2023















































                    Aktiviti latihan industri di   Aktiviti latihan sangkut Syarikat   Aktiviti latihan peralihan
                      Institut Penyelidikan         Televalley Sdn. Bhd. di       Encik Faizal bin Mohamad
                  Perikanan Bintawa, Sarawak     Institut Penyelidikan Perikanan   Nashir di Pusat Ikan Hiasan
                                                      Gelang Patah, Johor               Enggor, Perak









                                                                                                           89
   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96