Page 95 - Buku Laporan Tahunan Jabatan Perikanan Malaysia 2023
P. 95

LAPORAN TAHUNAN 2023                                                    Jabatan Perikanan Malaysia


            10.4.6   Program Induksi Kompetensi Perikanan (PIKP) Tahun 2023

                                                        Program Induksi Kompetensi Perikanan (PIKP) Bil 1/2023
                                                        telah diadakan bertujuan untuk memberi pengenalan asas
                                                        peranan dan fungsi setiap Bahagian/ Unit/ Pusat/ Institut di
                                                        dalam Jabatan Perikanan Malaysia kepada kakitangan lantikan
                                                        baharu dari pelbagai skim dan gred serta kakitangan Peningkatan
                                                        Secara Lantikan (PSL).



                                                        Program ini telah dilaksanakan pada  4 hingga 7 September
                                                        2023 di Chendering, Terengganu yang melibatkan 24 orang
                                                        kakitangan di Jabatan Perikanan Malaysia.








            10.4.7    Majlis  Sambutan  Maulidur  Rasul  Peringkat  Kebangsaan  Tahun
                      1445H/2023M






                                                                      Te






















                  Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah menyertai Perarakan Kontinjen dan Perhimpunan Majlis Sambutan
                  Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2023M pada 28 September 2023 bertempat di
                  Putrajaya International Convention Centre (PICC). Bahagian Pembangunan Modal Insan telah menyelaras
                  penyertaan sebanyak 32 orang kakitangan DOF ke perarakan ini. Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW
                  Peringkat Kebangsaan 1445 Hijrah ini merupakan satu majlis rasmi yang penting kerana ia turut diserikan
                  dengan kehadiran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan
                  Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
                  dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah
                  Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj. Turut hadir
                  YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri serta lain-lain kenamaan.




                                                                                                           93
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100