Page 94 - Buku Laporan Tahunan Jabatan Perikanan Malaysia 2023
P. 94

LAPORAN TAHUNAN 2023                                                    Jabatan Perikanan Malaysia


            10.4.4    Majlis Sambutan  Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan  Tahun
                      1445H/2023M

                                                          Bahagian  Pembangunan  Modal  Insan  telah  menyelaras
                                                          penyertaan  wakil  Jabatan  Perikanan  Malaysia  (DOF) ke
                                                          Majlis  Sambutan  Maal  Hijrah  Peringkat  Kebangsaan  Tahun
                                                          1445H/2023M. Majlis ini telah dihadiri oleh 31 orang wakil
                                                          DOF dan ianya merupakan majlis rasmi yang penting kerana
                                                          turut  diserikan  dengan  kehadiran  Kebawah Duli Yang Maha
                                                          Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan
                                                          Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum
                                                          Sultan  Haji  Ahmad  Shah Al-Musta’in  Billah  dan  Kebawah
                                                          Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri
                                                          Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
                                                          binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.
                  19 Julai 2023
                  bertempat di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).  Turut hadir YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana
                                                          Menteri serta lain-lain kenamaan.



            10.4.5   Pertandingan Video dan Lensa Kemerdekaan, Jabatan Perikanan
                     Malaysia Tahun 2023

                  Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah menganjurkan Pertandingan Video dan Lensa Kemerdekaan sebagai
                  salah satu cara untuk meraikan sambutan bulan kemerdekaan yang berlangsung setiap tahun pada bulan
                  Ogos. Pertandingan dibuka kepada seluruh warga DOF di seluruh Malaysia. Para pemenang telah dipilih
                  oleh barisan panel yang berkaliber dan pengumuman pemenang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’
                  Ketua Pengarah Perikanan Malaysia pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perikanan Malaysia.

















                                     Tempat pertama















                                     Tempat ketiga                                 Tempat kedua



          92
   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99