Page 96 - Buku Laporan Tahunan Jabatan Perikanan Malaysia 2023
P. 96
LAPORAN TAHUNAN 2023 Jabatan Perikanan Malaysia
10.4.8 Program Pemantapan Kerja Berpasukan Jabatan Perikanan Malaysia
Tahun 2023
30 Oktober hingga 1 November 2023
Program Pemantapan Kerja Berpasukan Jabatan Perikanan Malaysia tahun
2023 wajib dihadiri oleh kakitangan Pengurusan Pertengahan dan Pengurusan
Atasan Jabatan Perikanan Malaysia. Program ini telah diadakan di Amex
Hotel, Ayer Keroh, Melaka.
Program ini penting kepada kakitangan di kalangan pertengahan umur 35
tahun untuk lebih memahami budaya hidup sihat selari dengan halatuju
KKM untuk beralih fokus daripada sick care (medical responsibility)
kepada health care (health ownership). Pelbagai acara telah dijalankan
dan disertai oleh 85 orang kakitangan DOF.
10.4.9 Program Kepimpinan Unggul Berteraskan Kompetensi Jabatan Perikanan
Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan (PMI) dengan kerjasama Institut Pembangunan dan Kepimpinan,
UiTM Bandar Enstek telah menganjurkan Program Kepimpinan Unggul Berteraskan Kompetensi Jabatan
Perikanan Malaysia pada 1 hingga 3 November 2023 di Institute Leadership and Development, UiTM Bandar
Enstek, Negeri Sembilan. Program telah dihadiri oleh 22 orang kakitangan dari Kumpulan
Pengurusan Pertengahan Gred 41 – 44. Program ini diadakan bagi memberi pendedahan tentang kaedah
pengurusan berteraskan kompetensi, kepimpinan dan komunikasi secara profesional. Penyampaian
dilaksanakan secara ceramah interaktif, kajian kes, perbincangan dan aktiviti dalam kumpulan, pembentangan,
pembelajaran berasaskan masalah (PBL) serta sesi soal jawab oleh tiga orang penceramah
jemputan.
10.5 Pelaksanaan Program Pengurusan Kualiti
10.5.1 Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 Jabatan Perikanan
Malaysia
Jabatan Perikanan Malaysia telah memperoleh Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 pada 3 April
2023 yang diselarasan oleh Bahagian Pembangunan Modal Insan dan kerjasama bahagian-bahagian terlibat. Pensijilan
meliputi skop di Bahagian Akuakultur, Bahagian Sumber Perikanan Tangkapan, Bahagian Pembangunan Modal Insan,
Bahagian Khidmat Pengurusan dan Unit Komunikasi Korporat.
94