Page 99 - Buku Laporan Tahunan Jabatan Perikanan Malaysia 2023
P. 99
LAPORAN TAHUNAN 2023 Jabatan Perikanan Malaysia
10.5.3 Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN 2.0) Jabatan Perikanan Malaysia
2023
Selaras Arahan Y.A.B Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018 Siri 3 No. 1 Tahun 2021, Sistem Pengurusan
Amalan Nilai (SPAN 2.0) perlu dilaksanakan di kementerian/ jabatan/ agensi kerajaan bagi membudayakan
amalan nilai murni dalam usaha menjadikan perkhidmatan awam berprestasi tinggi dan produktif.
Jabatan telah melaksanakan beberapa inisiatif penambahbaikan pada tahun 2023 bagi meningkatkan pengamalan
nilai dalam kalangan warga Jabatan Perikanan Malaysia antaranya:
• Edaran peraturan dan garis panduan permohonan kelulusan melakukan pekerjaan luar bagi penjawat
awam di Jabatan Perikanan Malaysia untuk menambahbaik skor jabatan yang menyatakan pandangan
kakitangan adalah tidak menjadi kesalahan melakukan perniagaan dalam talian semasa waktu bekerja,
asalkan kerja siap.
• Selain itu, pelaksanaan kursus kompetensi (Kursus Generik, Teknikal, Khidmat pengurusan, Kewangan)
juga telah dilaksanakan bagi menambahbaik skor jabatan yang menyatakan pandangan kakitangan kurang
mengemukakan idea baharu untuk memperbaiki kualiti kerja dan kakitangan juga jarang meluangkan masa
untuk mencari maklumat.
Berdasarkan keputusan SPAN 2.0 bagi tahun 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 2.57% di mana
pada tahun 2021 adalah sebanyak 82.14%. Berikut adalah hasil pengauditan bagi tahun 2023:
• Hasil analisis mendapati bahawa Indeks Rekod Amalan Nilai (99.8%) berada pada tahap yang cemerlang
dan perlu dikekalkan.
• Manakala Indeks Nilai Ideal (87.9%), Indeks Nilai Peribadi (82.15%) dan Maklum Balas Pelanggan
(83.53%) pula berada pada tahap yang boleh diterima dengan meneruskan usaha peningkatan.
• Namun, Nilai Organisasi (77.13%) berada di tahap perlu penambahbaikan dengan pemantauan.
• Secara keseluruhannya, Indeks Nilai Komposit berada pada tahap 84.71% iaitu pada tahap yang baik
dan boleh diterima dengan meneruskan usaha peningkatan.
97