Page 91 - Laporan Tahunan 2023( Jabatan Perikanan Malaysia) 191224 rev 4 (full)
P. 91
LAPORAN TAHUNAN 2023 Jabatan Perikanan Malaysia
10.2 Pelaksanaan Latihan Industri/ Latihan Sangkut/ Latihan Peralihan
Bahagian Pembangunan Modal Insan telah melaksanakan latihan hands on berkaitan teknologi perikanan
di fasiliti DOF yang diuruskan oleh pihak jabatan. Permohonan daripada usahawan dan bakal usahawan,
penternak, nelayan, pelajar dan tentera yang bakal bersara dilaksanakan mengikut kesesuaian teknologi
yang dimiliki oleh pihak jabatan, masa tenaga pengajar, bilangan peserta dan tempoh masa latihan diadakan.
Sebanyak 158 pelajar latihan industri, enam pelatih latihan sangkut daripada syarikat atau institut pengajian
tinggi dan lima pelatih latihan peralihan yang terdiri daripada bakal pesara tentera telah ditempatkan di
beberapa fasiliti DOF seperti Pusat Pengembangan Akuakultur, Institut Penyelidikan Perikanan, Pusat Ikan
Hiasan dan lain-lain.
Pencapaian latihan industri, latihan sangkut dan latihan peralihan bagi tahun 2023
Aktiviti latihan industri di Aktiviti latihan sangkut Syarikat Aktiviti latihan peralihan
Institut Penyelidikan Televalley Sdn. Bhd. di Encik Faizal bin Mohamad
Perikanan Bintawa, Sarawak Institut Penyelidikan Perikanan Nashir di Pusat Ikan Hiasan
Gelang Patah, Johor Enggor, Perak
89