Page 92 - Laporan Tahunan 2023( Jabatan Perikanan Malaysia) 191224 rev 4 (full)
P. 92
LAPORAN TAHUNAN 2023 Jabatan Perikanan Malaysia
10.3 Pelaksanaan Latihan/ Krusus/ Bengkel/ Seminar/ Persidangan Luar Negara
Pihak jabatan telah menerima tawaran untuk mengikuti latihan/ kursus/ bengkel/ seminar/ persidangan
sama ada secara dalam talian daripada agensi luar negara atau menghantar kakitangan untuk menyertai
sebanyak 60 latihan/ kursus/ bengkel/ seminar/ persidangan anjuran agensi luar negara yang berkaitan
seperti jemputan dari kerajaan negeri dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Southeast Asian Fisheries
Development Center (SEAFDEC), Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC), Asian Development Bank,
Convention on Biological Diversity (CBD), Centre on Integrated Rural Development for Asia and the Pacific
(CIRDAP), Network of Aquaculture Centre in Asia-Pacific (NACA), European Commission of Ocean Governance
Project, Marine Stewardship Council (MSC), Marino-Forum 21, Japan International Cooperation Agency
(JICA), International Union for Conservation of Nature (IUCN), Kerajaan Amerika Syarikat, Kerajaan Australia,
Kerajaan Bangladesh, Kerajaan China, Kerajaan Eropah, Kerajaan Thailand, Association of Southeast Asian
Nations (ASEAN), FAO Regional Office for Asia and the Pacific (FAORAP Bangkok), African-Asian Rural Development
Organization (AARDO), dan lain-lain lagi.
Jumlah pencapaian kursus luar negara pada tahun 2023 adalah seperti graf di bawah:
80
60
60
40
20 30
0%
Kursus Luar Negara
10.4 Pelaksanaan Program Kemajuan Kerjaya Kakitangan Jabatan Perikanan
Malaysia (DOF)
10.4.1 Program Transformasi Minda (PTM) Tahun 2023
Program Transformasi Minda (PTM) kepada kakitangan lantikan baharu sebagai satu syarat pengesahan
jawatan di perkhidmatan awam. Modul program ini telah disusun mengikut keperluan yang telah diperuntukkan
melalui Pekeliling Perkhdimatan Bilangan 14 tahun 2012. Program ini meliputi tiga segmen iaitu Negara
dan Perkhidmatan Awam; Tanggungjawab dan Peranan Pegawai serta Budaya Kerja Kelas Pertama. Pada
tahun 2023, program ini telah dilaksanakan sebanyak dua siri.
Tempat
Siri 1: Dewan Arowana, Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya
Siri 2: Akademi Perikanan Malaysia (APM), Chendering, Terengganu
Tarikh
Siri 1: 6 - 10 Mac 2023
Siri 2: 21 - 25 Mei 2023
Peserta
Siri 1: 40 Orang
Siri 2: 53 Orang
90