Page 95 - Laporan Tahunan 2023( Jabatan Perikanan Malaysia) 191224 rev 4 (full)
P. 95
LAPORAN TAHUNAN 2023 Jabatan Perikanan Malaysia
10.4.6 Program Induksi Kompetensi Perikanan (PIKP) Tahun 2023
Program Induksi Kompetensi Perikanan (PIKP) Bil 1/2023
telah diadakan bertujuan untuk memberi pengenalan asas
peranan dan fungsi setiap Bahagian/ Unit/ Pusat/ Institut di
dalam Jabatan Perikanan Malaysia kepada kakitangan lantikan
baharu dari pelbagai skim dan gred serta kakitangan Peningkatan
Secara Lantikan (PSL).
Program ini telah dilaksanakan pada 4 hingga 7 September
2023 di Chendering, Terengganu yang melibatkan 24 orang
kakitangan di Jabatan Perikanan Malaysia.
10.4.7 Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun
1445H/2023M
Te
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah menyertai Perarakan Kontinjen dan Perhimpunan Majlis Sambutan
Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2023M pada 28 September 2023 bertempat di
Putrajaya International ConventionCentre (PICC). Bahagian Pembangunan Modal Insan telah menyelaras
penyertaan sebanyak 32 orang kakitanganDOF ke perarakan ini. Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW
Peringkat Kebangsaan 1445 Hijrah ini merupakan satu majlis rasmi yang penting kerana ia turut diserikan
dengan kehadiran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan
Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah
Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj. Turut hadir
YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri serta lain-lain kenamaan.
93