Page 93 - Laporan Tahunan 2023( Jabatan Perikanan Malaysia) 191224 rev 4 (full)
P. 93

LAPORAN TAHUNAN 2023                                                    Jabatan Perikanan Malaysia


            10.4.2   Majlis Konvokesyen Pertanian Kali-11 Tahun 2023


                                                        16 Mac 2023

                                                         Setiap jabatan/agensi di bawah KPKM telah diberi tanggungjawab
                                                         untuk menguruskan penganjuran Majlis Konvokesyen Pertanian
                                                         Kali Ke-11 pada tahun 2023 yang diselaraskan bersama Bahagian
                                                         Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian (BPKLP). Majlis
                                                         ini telah diadakan  be rtempat di Dewan Auditorium, Putrajaya
                                                         International Convention Centre (PICC).





                                                         Majlis Konvokesyen Pertanian adalah majlis yang diadakan
                                                         pada setiap tahun bagi meraikan para graduan yang telah
                                                         menamatkan pengajian  dalam pelbagai  bidang  pertanian
                                                         termasuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran
                                                         Malaysia (DKM) serta Sijil  Pertanian,  Sijil  Perikanan dan
                                                         Sijil Veterinar di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan
                                                         Makanan (KPKM). Sebanyak 20 orang graduan Sijil Perikanan
                                                         telah berjaya menamatkan pengajian pada tahun 2023.



            10.4.3    Program Pra Persaraan Jabatan Perikanan Malaysia Tahun 2023


                                                  9 hingga 11 Mei 2023


                                                         Bahagian  Pembangunan  Modal  Insan  dengan  urus  setia
                                                         bersama dari PPN Kedah telah mengadakan Program Pra
                                                         Persaraan Jabatan Perikanan Malaysia Tahun 2023 di HiG
                                                         Hotel  Langkawi,  Kedah. Sebanyak 39 orang  bakal  pesara
                                                         dari pelbagai skim dan gred telah menghadiri program ini.








                                                         Program  ini  diadakan  sebagai  persediaan  kakitangan  awam
                                                         Jabatan yang bakal bersara. Antara pengisian program
                                                         termasuk taklimat mengenai pengurusan dokumen-dokumen
                                                         persaraan,faedah  persaraan,  implikasi  tatatertib  dan  faedah
                                                         terbitan. Selain itu, taklimat psikologi turut diberikan tumpuan
                                                         sebagai persiapan mental dalam  menghadapi hari selepas
                                                         bersara. Penceramah jemputan daripada Amanah Raya Malaysia
                                                         membentangkan  taklimat  berkaitan  pengurusan  harta  pusaka
                                                         dan hibah.







                                                                                                           91
   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98