Page 97 - Laporan Tahunan 2023( Jabatan Perikanan Malaysia) 191224 rev 4 (full)
P. 97

LAPORAN TAHUNAN 2023                                                    Jabatan Perikanan Malaysia


                  Usaha-usaha penambahbaikan berterusan dilaksanakan melalui penganjuran Bengkel Pemantapan Pelaksanaan MS ISO
                  9001:2015 dan Mesyuarat Pemantauan pada 1-4 Ogos 2023 di Hotel HIG Langkawi, Kedah. Bengkel ini bertujuan untuk
                  menyemak semula dokumen berkaitan Audit Dalaman dan mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) sebagai penambah-
                  baikan yang dikenalpasti dalam Audit Pematuhan (Peringkat Kedua) MS ISO 9001:2015 pada 9-10 Mac 2023.
                  Jabatan Perikanan Malaysia telah melaksanakan Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 pada 18-19 Oktober 2023 untuk
                  memastikan pematuhan prosedur. Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) yang dipengerusikan oleh YBhg.
                  Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan yang telah diadakan pada 12 Disember 2023 bagi menilai
                  keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan.












                  Bengkel Pemantapan  Pelaksanaan  MS  Pelaksanaan Audit Dalaman oleh Auditor   Majlis Penyerahan Sijil Sistem Pengurusan
                  ISO 9001:2015 & Mesyuarat Pemantauan  Dalaman Jabatan pada 18 – 19 Oktober 2023  Kualiti MS ISO 9001:2015 daripada SIRIM
                  Pelaksanaan MS ISO 9001:2015 Jabatan                          QAS International  Sdn. Bhd. pada  30
                  Perikanan Malaysia pada 4 Ogos 2023                           Ogos 2023

            10.5.2    Pencapaian Piagam Pelanggan 2023 Jabatan Perikanan Malaysia

                  Piagam Pelanggan merupakan suatu bentuk komitmen bertulis jabatan terhadap bentuk penyampaian sesuatu
                  keluaran atau perkhidmatannya kepada pelanggan secara terbuka, jelas dan telus.

                  Piagam Pelanggan juga merupakan suatu jaminan sesebuah jabatan atau agensi kerajaan untuk menyampaikan
                  sesuatu keluaran atau perkhidmatan mengikut standard kualiti yang telah ditetapkan. Ia boleh ditambah
                  baik mengikut keadaan seperti pelaksanaan yang lebih praktikal, pemantapan proses kerja yang lebih
                  efisien, kapasiti tenaga kerja, penggunaan teknologi serta perkara-perkara lain yang dirasakan perlu.

                  Terdapat 10 Piagam Pelanggan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia dalam mengukur
                  prestasi penyediaan perkhidmatan utama di jabatan. Pencapaian Piagam Pelanggan Jabatan Perikanan
                  Malaysia pada tahun 2023 berada di tahap yang baik namun usaha penambahbaikan masih perlu diteruskan
                  terutamanya bagi Piagam Pelanggan yang mempunyai peratus pencapaian yang rendah.





















                                  Pencapaian Piagam Pelanggan Jabatan Perikanan Malaysia bagi tahun 2023







                                                                                                           95
   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102