Page 51 - E-Modul Bahasa Indonesia
P. 51
KEGIATAN INDIVIDU 1
1. Bacalah Hikayat Berikut!
Cendera Kirana Menyamar Jadi Kelana
Karena perbuatan salah seorang ibu tirinya Cendera Kirana tidak tahan lagi
dan karena itu ia meninggalkan kota itu dengan ibu tirinya yang lain, Mahadewi,
seorang menteri dan dayang-dayang. Dalam masa pengembaraan ini banyak
peristiwa terjadi. Misalnya penyamaran, pertukaran nama, peperangan, permainan
wayang dan sebagainya. Babak paling menarik dalam cerita panji adalah babak-
babak penyamaran. Penyamaran dalam cerita-cerita panji bertujuan untuk:
menyembunyikan identiti sebenar supaya jalan cerita menjadi bertambah panjang
dan menarik.
Raden Galuh Cendera Kirana bertindak melarikan diri dari istana dan
membina sebuah negeri yang lain. Ketika itu dia telah mengarahkan kedua-dua
pengiringnya (yang telah menyamar menjadi pahlawan) bertindak merampas harta
benda orang yang lalu lalang berhampiran dengan negeri mereka. Raden Galuh
Cendera Kirana pula bertindak menyamar menjadi pria dan menukar nama menjadi
Panji Semirang Asmarataka. Antara yang dirampas ialah barang-barang hantaran
pihak Raden Inu kepada Galuh Cendera Kirana kareang disangkakan oleh mereka
masih berada di istana Ratu Daha. Rampasan itu membuatkan Raden Inu sendiri
yang kemudiannya pergi ke negeri Panji Semirang.
Penyelesaian dapat dilakukan bagaimanapun Inu tidak tahu raja yang sedang
berhadapannya adalah Galuh Cendera Kirana. Raden Inu kemudiannya ke istana
Daha dan diberitahu bahawa Raden Galuh Cendera Kirana telah hilang dari istana.
Sebagai ganti, Inu dikahwinkan dengan Galuh Ajeng. Inu pula sentiasa teringat-
ingat Panji Semirang Asmarataka (Galuh Cendera Kirana) yang ditemuinya semasa
dalam perjalanan ke istana Daha. Tambahan pula dia merasa benci dengan sikap
Galuh Ajeng yang terlalu mengada-ngada. Akibatnya Inu lari meninggalkan
isterinya itu lalu keluar mengembara mencari Panji Semirang yang dirasakan
olehnya mempunyai daya tarikan yang istimewa dan “unik”.
Peleraian cerita berlaku apabila watak Raden Galuh Cendera Kirana yang
menyamar sebagai pemain gambuh telah ditemu dan mengenali oleh Raden Inu
Kertapati. Yang aneh dalam setiap cerita panji, watak Galuh pasti akan mengenali
watak Inu yang sedang menyamar. Bagaimanapun Galuh Cendera Kirana sukar
sekali untuk dikenali Raden Inu Kertapati yang sedang dalam penyamaran. Cuma
dikatakan Inu amat tertarik dengan orang yang sedang berhadapan dengannya dan
cara layanan Inu terhadap “lelaki” yang bersama-samanya agak aneh. Layanannya
seolah-olah lelaki itu perempuan terutama terhadap Panji Semirang.
Identiti Galuh Cendera Kirana diketahui oleh Raden Inu apabila dia ternampak
Raden Galuh Cendera Kirana sedang bermain-main dengan anak-anakkan emas
pemberiannya. Selepas pertemuan itu kedua-dua mereka pulang ke istana Ratu
Kuripan dan dikahwinkan.
(Hikayat Panji Semirang)
2. Analisislah karakter dalam tokoh-tokoh dan jalan ceritanya.
3. Analisis pulalah nilai dan jalan ceritanya.
4. Ungkapkan perasaan Anda secara lisan yang berkaitan dengan tokoh cerita,
peristiwa yang terjadi, dan nilai-nilainya. Untuk membantu Anda dalam
mengungkapkan perasaan, gunakanlah bagan berikut.
Bahasa Indonesia SMA/MA Kelas X | 50