Page 84 - SJK C MING TERK BUKU PENGURUSAN 2021
P. 84
3. WAKTU REHAT
3.1 Setelah ucapan terima kasih kepada guru, murid-murid harus menunggu guru
keluar dahulu.
3.2 Murid-murid hendaklah keluar dari bilik darjah dan beratur di luar dengan
berjalan ke kantin dengan beratur dan dipimpini guru. Tidak dibenarkan berebut-
rebut dan lari.
3.3 Semasa membeli makanan di kantin, murid-murid dikehendaki beratur.
3.4 Makanan dihabiskan di dalam kantin, tidak dibenarkan makan di tempat lain
daripada kantin.
3.5 Semua makanan harus dihabiskan, jangan membazir. Selepas makan, pinggan
mangkuk harus diletakkan di tempat yang telah ditetapkan, tidak boleh
meninggalkannya di atas meja.
3.6 Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah, kecuali mereka yang
bertugas.
3.7 Murid yang bertugas perlu membersih dan mengemas bilik darjah masing-masing.
3.8 Mematuhi arahan daripada guru bertugas harian dan pengawas sekolah.
3.9 Selepas loceng berbunyi, semua murid dikehendaki beratur dan masuk ke dalam
bilik darjah dengan senyap sementara menunggu kedatangan guru.
4. WAKTU BALIK
4.1 Selepas ucapan terima kasih kepada guru, murid-murid dikehendaki beratur di luar
bilik darjah. Tanpa arahan daripada guru, dilarang meninggalkan kelas.
4.2 Murid-murid dikehendaki berjalan ke pintu pagar sekolah dengan beratur di bawah
pimpinan guru.
4.3 Semasa melintas jalan, jagalah keselamatan diri. Semasa menunggu di pondok
menunggu, dilarang bermain-main dan membuat bising.
4.4 Ketua Darjah hendaklah pastikan lampu dan kipas telah dipadamkan sebelum
meninggalkan kelas.
4.5 Dikehendaki memulangkan kunci Smartboard ke pejabat setiap hari.
4.6 Murid-murid dilarang membeli makanan dan minuman di luar kawasan sekolah.
5. KELAS TAMBAHAN
5.1 Murid-murid hendaklah berpakaian seragam menghadiri kelas tambahan pada
waktu petang tepat pada masa seperti yang telah ditetapkan. Jika ponteng, tindakan
akan diambil.
5.2 Murid-murid yang membawa bekal untuk makan tengah hari harus menghabiskan
makanan masing-masing di kantin, tidak dibenarkan makan di bilik darjah. Semasa
mencuci bekas makanan, dilarang membuang sisa makanan ke dalam basin basuh,
sebaik-baiknya bungkus dan buangkan ke dalam tong sampah. Jangan tinggalkan
sisa-sisa makan di atas meja. Jagalah kebersihan kantin sekolah.
5.3 Pada waktu rehat, murid perlu berada di dalam bilik darjah membuat ulang kaji.
Tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah atau bermain-main di dalam bilik
darjah.
57