Page 86 - SJK C MING TERK BUKU PENGURUSAN 2021
P. 86

10. CINTA AKAN SEKOLAH

                   10.1  Semua murid mesti bekerjasama memastikan kebersihan dan keindahan sekolah,
                          supaya menjadikan sekolah tempat yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran.
                   10.2  Menyertai  dan  memberi  sokongan  yang  sepenuhnya  kepada  aktiviti  yang
                          dilaksanakan oleh pihak sekolah.
                   10.3  Bahan yang telah digunakan perlu diletak semula ke tempat asalnya.
                   10.4  Dilarang  membuka  laci  dan  menyentuh  barang  guru  di  pejabat  guru  tanpa
                          kebenaran.



               11. BARANG LARANGAN

                   -  Pemadam cecair
                   -  bahan bacaan yang berunsur negatif
                   -  beg plastik
                   -  barang kemas
                   -  barang tajam
                   -  segala jenis barang mainan
                   -  makanan ringan, air bungkus, ais krim, gula-gula getah dan lain-lain



               12. SIKAP DAN KELAKUAN

                   12.1  Bersikap  positif,  bertanggungjawab  dan  berani  menghadapi  cabaran  demi
                          mencapai kejayaan.
                   12.2  Menyiapkan kerja tepat pada masanya dan hantar kepada guru untuk pemeriksaan.
                   12.3  Hormati orang tua, guru dan dicintai rakan sekolah.
                   12.4  Jujur, tidak berbohong, tidak mencuri, jangan berjudi dan merokok.
                   12.5  Bersopan santun dan berbaik-baik dengan rakan sekolah. Tidak berbahasa kesat,
                          tidak  bergaduh  atau  bertumbuk,  tidak  mengganggu,  mengejek  atau  menganiayai
                          rakan.
                   12.6  Sentiasa  mematuhi  peraturan  sekolah.  Menerima  teguran  guru,  pengawas,  ketua
                          darjah dan rakan sekolah dengan hati terbuka.
                   12.7  Tidak berlari-lari atau menjerit-jerit di dalam kawasan sekolah.
                   12.8  Jauhi pertubuhan atau aktiviti haram. Tidak membawa senjata ke sekolah.
                   12.9  Pandai mengurus dan menggunakan masa. Tidak membuang masa dengan perkara-
                          perkara yang tidak berfaedah seperti bersembang, berkeliaran dan sebagainya.
                   12.10  Sentiasa menjaga harta benda dan kebersihan sekolah. Jangan membuang sampah
                          merata-rata, menconteng dinding dan kerusi meja, berludah dan sebagainya.
                   12.11  Dilarang menjalankan urusniaga di dalam sekolah.
                   12.12  Sentiasa menjaga nama baik sekolah.




               ~~~~~~BERUSAHA DEMI MENCAPAI KEJAYAAN~~~~~~





                                                            59
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91