Page 85 - SJK C MING TERK BUKU PENGURUSAN 2021
P. 85
6. SAKIT DAN KECEMASAN / MENGAMBIL CUTI
6.1 Sekiranya ketidakselesaan berlaku setelah hadir ke sekolah, segera memberitahu
guru darjah.
6.2 Sekiranya murid perlu berjumpa doctor, dapatkan surat kebenaran dari pihak
sekolah.
6.3 Murid yang menghidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah sehingga
sembuh.
6.4 Murid-murid yang tidak dapat hadir ke sekolah harus memberitahu guru kelas.
Permohonan cuti hanya boleh dikemukakan oleh ibu bapa atau penjaga secara
berjumpa guru, menelefon atau menulis surat kepada pihak sekolah.
6.5 Murid-murid yang sakit perlu mengemukakan surat akuan doctor.
7. TIDAK HADIR KE SEKOLAH
7.1 Ibu bapa / penjaga hendaklah memaklumkan sendiri kepada Guru Besar jika
seseorang murid tidak dapat hadir ke sekolah.
7.2 Sekiranya seseorang murid jatuh sakit secara mengejut, surat perakuan doctor
perlu disampaikan kepada guru darjah oleh ibu bapa / penjaga.
7.3 Jika murid tidak hadir ke sekolah lebih daripada 3 hari berturut-turut tanpa
kenyataan, surat amaran akan dihantar kepada ibu bapa / penjaga. Jika selepas ini
masih tidak ada sebarang maklum balas daripada ibu bapa / penjaga, tindakan yang
sewajarnya akan diambil.
8. PELAWAT
8.1 Pelawat atau orang luar tidak dibenarkan berjumpa dengan murid kecuali dengan
kebenaran Guru Besar.
8.2 Jika pelawat atau ibu bapa / penjaga berhajat membawa murid keluar kerana
sesuatu hal yang sangat penting, kebenaran Guru Besar hendaklah diperolehi
terlebih dahulu.
8.3 Pelawat hendaklah berpakaian kemas semasa datang ke sekolah.
9. KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN DIRI
9.1 Pakaian (termasuk pakaian sukan), lencana, tag nama dan fesyen rambut haruslah
mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
9.2 Kuku hendaklah dalam keadaan bersih, pendek dan tidak diwarnakan dengan
varnish dan inai.
9.3 Dilarang memakai selipar melainkan cedera pada bahagian kaki.
9.4 Getah rambut murid hanya berwarna hitam, biru dan putih.
9.5 Murid-murid yang hanya menyertai kelab tarian sekolah dibenarkan berambut
panjang dengan memakai tanda nama yang dikeluarkan oleh sekolah.
9.6 Murid-murid yang menyertai kelab tarian luar sekolah hanya dibenarkan berambut
panjang dengan mendapat surat kelulusan sekolah tarian.
9.7 Stokin murid-murid mestilah melebihi paras buku lari.
9.8 Murid-murid dibenarkan untuk memilih sama ada memakai kasut berwarna hitam
atau berwarna putih serta stoking mengikut warna kasut yang dipakai mulai tahun
2021. Ibu bapa mesti memilih kasut sekolah mengikut standard yang ditetapkan
oleh KPM. Kasut sukan, kasut futsal tidak dibenarkan walaupun berwarna putih
atau hitam.
58