Page 83 - SJK C MING TERK BUKU PENGURUSAN 2021
P. 83
SJK (C) MING TERK, GELANG PATAH, JOHOR BAHRU
PERATURAN SEKOLAH
1. SEBELUM WAKTU SEKOLAH (Perhimpunan / Bacaan Pagi)
1.1 Murid-murid dikehendaki berada di sekolah sebelum pukul 7.10 pagi. Jika lewat,
nama akan dicatatkan oleh ketua darjah, semasa waktu rehat perlu berjumpa guru
bertugas untuk menerangkan sebab lewat.
1.2 Selepas sampai ke sekolah, dilarang meninggalkan kawasan sekolah. Jika terpaksa
balik kerana sakit teruk atau ada hal penting, guru kelas perlu diberitahu, sebelum
balik dikehendaki ke pejabat untuk membuat catatan dan tandatangan.
1.3 Perhimpunan Mingguan diadakan seminggu sekali pada setiap hari Ahad. Setiap
murid dikehendaki berada di dewan besar mengikut barisan masing-masing pada
masa yang ditetapkan.
1.4 Murid dikehendaki senyap dan menumpukan perhatian semasa perhimpunan.
1.5 Semua murid dikehendaki berada di Dewan Serbaguna / Guang Qian Tang dan
kelas masing-masing mengikut jadual bacaan pagi dan petang supaya menjalankan
bacaan bersama-sama.
1.6 Apabila perhimpunan / bacaan pagi tamat, semua murid haruslah beratur ke bilik
darjah dan menunggu kedatangan guru mata pelajaran dalam keadaan senyap.
2. WAKTU BELAJAR
2.1 Sebelum guru masuk, murid-murid dikehendaki senyap. Ketua darjah harus
mengawal disiplin dalam kelas.
2.2 Apabila guru masuk ke dalam kelas, ketua darjah hendaklah memberi arahan
hormat dan diikuti murid-murid lain memberi hormat kepada guru.
2.3 Murid-murid hendaklah mengikuti pengajaran guru dengan penuh perhatian.
Dilarang berbual-bual atau bergerak ke sana sini semasa guru mengajar.
2.4 Semasa hendak membuat pertanyaan dan mengemukakan pendapat, dapatkan
keizinan daripada guru terlebih dahulu dengan mengangkat tangan. Apabila guru
mula berucap, murid-murid haruslah mendiamkan diri dan tidak dibenarkan
bercampur mulut.
2.5 Andainya terdapat tetamu khas memasuki kelas, ketua darjah hendaklah memberi
arahan hormat dan murid-murid lain berdiri tegak untuk memberi hormat kepada
tetamu khas.
2.6 Sekiranya ada urusan dan terpaksa meninggalkan kelas, keizinan guru diperolehi
terlebih dahulu. Tap “Kebenaran Keluar” perlulah dipakai.
2.7 Tidak dibenarkan berkejar-kejaran dan pekik-memekik di dalam bilik darjah.
2.8 Murid-murid dikehendaki memakai baju sukan yang kemas apabila menghadiri
kelas Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan.
2.9 Murid-murid dikehendaki mematuhi arahan ketua darjah dengan mengikut barisan
semasa menghadiri kelas di bilik muzik, makmal computer, perpustakaan, padang
atau menjalankan aktiviti luar bilik darjah.
2.10 Jika guru tidak berada di dalam kelas, murid-murid dilarang bergerak ke sana sini
atau keluar dari kelas jika tidak mendapat keizinan daripada ketua darjah.
56