Page 6 - MINIT MESYUARAT JPICT BIL 2 TAHUN 2021
P. 6

1.0    PERUTUSAN PENGERUSI MESYUARAT



                    YB. Dato’ Paduka mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada

                    Mesyuarat JPICT Negeri Bilangan 2 Tahun 2021. Mesyuarat kali ini diadakan
                    secara sidang maya melalui aplikasi zoom.



                    Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan perkara-perkara

                    baharu dan perkembangan semasa berkenaan projek-projek teknologi

                    maklumat dan komunikasi (ICT) di peringkat negeri.



                    Seterusnya YB. Dato’ Paduka memaklumkan beberapa perkara seperti
                    berikut :



                 1.1 SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN DALAM TALIAN SECARA END-

                 TO-END (E2E)



                 Kerajaan Negeri telah menggerakkan insiatif pendigitalan perkhidmatan jabatan

                 secara serius bermula pada tahun 2020 melalui Program Kedah Produktif - Kedah
                 Digital. Ianya selari dengan PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN SEKTOR

                 AWAM (PSPSA) 2021-2025 yang diterajui oleh Unit Permodenan Tadbiran Awam

                 Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).



                 Objektif pendigitalan Kerajaan adalah untuk meningkatkan jumlah ataupun
                 peratus PERKHIDMATAN SECARA DALAM TALIAN SEPENUHNYA (End-To-End)

                 dari mula hingga akhir, pada bila-bila masa dan di mana-mana tanpa perlu

                 berurusan secara bersemuka.



                 Kerajaan telah menetapkan sasaran 80% perkhidmatan Kerajaan dalam talian
                 dari peringkat awal ke akhir menjelang 2025. Prestasi E2E bagi Negeri Kedah

                 tahun 2021 bagi Januari hingga April yang telah dilaporkan adalah sebanyak
                 63.17%. KPI utama E2E bagi tahun 2021 adalah peningkatan sebanyak 5%.

                 Semua Ketua Jabatan diminta untuk mengambil tindakan segera bagi

                 perkhidmatan jabatan yang BELUM E2E dan melaporkan status tindakan kepada
                 BTMK bagi tujuan penyelarasan program E2E peringkat Negeri Kedah.



                                                                                        Muka surat: 6/29
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11