Page 9 - MINIT MESYUARAT JPICT BIL 2 TAHUN 2021
P. 9
yang menggunakan teknologi BONDING turut dilaksanakan pada tahun 2021 bagi
menyokong pelbagai aktiviti teknologi maklumat di bawah agenda Kedah Digital.
Tahun 2022 yang akan menjelang tidak lama lagi, membawa pengurusan jabatan
negeri ke arah pengurusan digital yang dinamik dan ketersediaan infrastruktur
yang cekap. Tiada lagi Internet perlahan, tiada lagi sistem bersifat primitif dan
tiada lagi aduan berkaitan Sistem Down yang tidak dirancang.
YB. Dato’ Paduka berharap supaya JPICT kali ini akan memberikan input yang
bernilai dan kerjasama semua amat penting untuk memastikan perkembangan
ICT sektor agensi negeri dipertingkatkan serta dimanfaatkan oleh semua pihak.
(Makluman)
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Minit mesyuarat yang lalu disahkan tanpa sebarang pindaan.
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Maklumbalas bagi perkara-perkara berbangkit dari minit mesyuarat yang
lalu adalah seperti berikut:
3.1 APLIKASI iKEDAH
Statistik Pentadbir Content Management System (CMS) iKEDAH
adalah seperti berikut:
1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah:
Bilangan agensi : 14
Telah memohon : 9
Belum memohon : 5
i. Bahagian Kerajaan Tempatan
ii. Unit Audit Dalam
iii. Majlis Sukan Negeri
Muka surat: 9/29