Page 8 - MINIT MESYUARAT JPICT BIL 2 TAHUN 2021
P. 8
1.3 KESELAMATAN SIBER
Kerajaan telah mengatur strategi dalam memperkukuhkan Keselamatan Siber di
Malaysia. Ini bagi memastikan ruang siber Malaysia lebih Selamat, Terpercaya
dan Berdaya Tahan.
Semua Ketua Jabatan/Agensi perlu peka dan serius dalam pematuhan kepada
Pekeliling Kerajaan berkaitan ICT termasuk Dasar Keselamatan ICT Negeri.
Dasar Keselamatan ICT Negeri ini menggariskan perkara-perkara utama yang
perlu dipatuhi iaitu dari segi Kerahsiaan, Integriti dan Ketersediaan ICT yang juga
merupakan prinsip asas infrastruktur keselamatan ICT. Garis panduan capaian
Internet bagi KedahNet juga telah dikeluarkan.
Pematuhan DKICT Negeri semua penjawat Awam Negeri perlu dilapor dan
sentiasa dikemaskini oleh Pegawai Keselamatan Maklumat (CIO) dan Pegawai
Keselamatan ICT (ICTSO) setiap jabatan/agensi kepada urusetia Jawatankuasa
CERT Negeri iaitu BTMK.
1.4 PEMANTAPAN PRASARANA DAN PRODUK NILAI TAMBAH ICT
Di bawah agenda Kedah Digital, penggunaan teknologi perlu seiring dengan
keperluan semasa harus disahut oleh semua jabatan dan kakitangan kerajaan.
Penggunaan komputer secara konvensional perlu diubah kepada penggunaan
secara taktikal, di mana Virtual Desktop Thin Client yang lebih efisyen dan terurus
akan digunakan secara meluas. Semua sistem aplikasi jabatan perlu diubah
daripada teknologi Client Server kepada Apps.
Perluasan perkhidmatan nilai tambah berasaskan data internet iaitu perkhidmatan
VOIP ke Jabatan/agensi Negeri telah diperluaskan secara berperingkat.
Jabatan/agensi yang terlibat bagi pengembangan VOIP fasa 3 ialah semua
jabatan di Bangunan Sultan Abdul Halim (JKR, JPS, Jabatan Perhutanan dan
Plan Malaysia) serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Projek naiktaraf talian
internet secara menyeluruh di 66 pejabat cawangan Jabatan Kerajaan Negeri
Muka surat: 8/29