Page 7 - MINIT MESYUARAT JPICT BIL 2 TAHUN 2021
P. 7

1.2    PEMBANGUNAN APLIKASI KERAJAAN NEGERI



                 Pada tahun 2021 ini, pembangunan aplikasi Kedah Digital telah mensasarkan

                 untuk memantapkan sistem penyampaian Kerajaan bagi kegunaan 3 kategori
                 pengguna iaitu rakyat, perniagaan dan pekerja sektor awam.



                 Terdapat 6 aplikasi yang telah disediakan bagi memudahkan rakyat berurusan

                 dengan sektor Kerajaan iaitu Aplikasi KedahCare, iJanji, iSejahtera, iBAKIPT,

                 iForest dan HomeCAC.



                 Manakala bagi kategori pengguna perniagaan terdapat 4 aplikasi telah disediakan
                 iaitu aplikasi Kerja Undi, iPerolehan, iUJKT dan iPendaftaran. Tidak ketinggalan

                 juga kepada kakitangan sektor awam, sebanyak 2 aplikasi telah dibangunkan iaitu
                 Sistem Perjawatan Online dan ePOL.




                 Kerajaan juga telah melaksanakan inisiatif e-pembayaran (cashless society) iaitu
                 iBAYAQ bagi memudahkan rakyat dan agensi kerajaan menguruskan segala

                 pembayaran tanpa melibatkan kaunter. Inisiatif ini adalah sangat membantu
                 terutamanya apabila negara berhadapan dengan pandemik covid-19 ini.




                 Kesemua kemudahan aplikasi yang telah disediakan ini, didapati                memberi
                 impak yang menguntungkan kerajaan selari dengan Program Kedah Produktif -

                 Kedah Digital. Selain mempercepatkan proses kerja dengan hanya capaian di
                 hujung jari, ianya juga menjimatkan masa, kos dan seterusnya meningkatkan

                 kutipan hasil dan janaan hasil baru kepada kerajaan.



                 Semua Ketua Jabatan terlibat diminta untuk memastikan aplikasi Kedah Digital,

                 diguna sepenuhnya di peringkat jabatan, sentiasa dipantau dan diwar-warkan
                 kepada pelanggan masing-masing.
















                                                                                        Muka surat: 7/29
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12