Page 20 - Pencalonan Agung ke10_draf 6test
P. 20
18
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA
12
NO. CALON
TUAN YAACOB BIN TUAN SOF
Beliau berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, John Moore
University, Liverpool, United Kingdom. Beliau telah melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dalam
Pentadbiran Perniagaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Beliau telah memulakan kerjaya di Al-Ameen Edu Niaga Sdn. Bhd. sebagai Pengarah Urusan selama 16 tahun
dan pada masa yang sama, beliau juga merupakan Pengarah Urusan di Al-Ameen Edu-Oasis Sdn. Bhd. Selain
itu, beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah di Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad dan Akademi Al-
Amin BTR Sdn. Bhd. Beliau juga mempunyai Sijil Eksekutif Setiausaha Koperasi (SESKO).
Dalam kegiatan koperasi, beliau mempunyai pengalaman sebagai Anggota Lembaga Koperasi Islah Malaysia
Berhad (1999 - 2011) dan telah dilantik sebagai Setiausaha koperasi selama 12 tahun (2012 - kini).
Pengalaman lain ialah beliau pernah menganggotai Muslim Business Network Association of Malaysia sebagai
Ahli Jawatankuasa dan Jawatankuasa Kewangan Pertubuhan IKRAM Malaysia (2011 - 2015).