Page 17 - Pencalonan Agung ke10_draf 6test
P. 17

15


                                                                                       BIODATA CALON
                                                                                 ANGGOTA LEMBAGA





                                9
          NO. CALON






          AZHAR BIN MANN







          Beliau merupakan anak jati Pantai Remis Perak dan berkelulusan dalam  Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di
          Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

          Setelah tamat pengajian beliau telah memulakan kerjaya sebagai seorang pendidik. Beliau telah menabur
          khidmat sebagai tenaga pengajar di tempat kelahiran beliau sendiri di Pantai Remis, Perak. Beliau berkhidmat
          sebagai guru selama 37 tahun di Sekolah Kebangsaan Panchor dan jawatan terakhir yang disandang beliau
          adalah sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

          Sepanjang  tempoh  perkhidmatan  beliau  sebagai  tenaga  pengajar,  beliau  telah  menerima  penghargaan
          anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak tiga kali. Selain itu beliau juga menerima penghargaan dalam
          penglibatan  Majlis  Guru  Kaunseling  Malaysia  dalam  aktiviti  Smart  Support  Team  di  bawah  kelolaan  KPM.
          Dan beliau juga pernah menyandang jawatan Biro Syariah koperasi peringkat nasional dan beliau juga telah
          menghadiri beberapa siri kursus kewangan islam.

          Setelah bersara beliau bergiat aktif di dalam bidang koperasi, di mana beliau merupakan Pengerusi Koperasi
          Muslim Pantai Remis Berhad (2023 - kini), beliau juga merupakan Setiausaha kepada Gabungan Koperasi
          Bumiputera Negeri Perak (2023 - kini) dan juga merupakan Bendahari untuk Koperasi Guru-Guru Melayu
          Larut, Matang, Selama Dan Dinding Taiping Berhad.
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22