Page 16 - Pencalonan Agung ke10_draf 6test
P. 16

14


          BIODATA CALON
          ANGGOTA LEMBAGA





                                8
          NO. CALON






          MAT NAYAN BIN DRIS
          D.J.N., P.K.T.





          Beliau berasal dari Titi Serong, Perak. Berkelulusan Ijazah Sarjana (Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan)
          daripada  Universiti  Sains  Malaysia  dan  Ijazah  Sarjana  Muda  (BA  Hons  -  Pendidikan  Pertanian)  daripada
          Universiti Pertanian Malaysia . Beliau juga mempunyai kelulusan Sijil Perguruan daripada Maktab Perguruan
          Temenggong, Johor. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Teknik Dan Vokasional di Pejabat Pendidikan
          Daerah Seberang Prai Selatan (2003 - 2006) dan kemudiannya Penolong Kanan Kokurikulum di Sekolah
          Menengah Methodist, Pulau Pinang (2006 - 2014).

          Beliau menjawat jawatan sebagai Setiausaha Koperasi Pendidikan Melayu Pulau Pinang Berhad (2017 - kini)
          dan Ahli Jawatankuasa Koperasi Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad (2007 - 2015).


          Beliau juga aktif dalam kegiatan pertubuhan dan menjawat jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pertubuhan
          Usahawan Bumiputra Malaysia (2006 - kini) dan Pertubuhan Peladang Kawasan Bagan Tiang, Perak (2015 -
          kini).

          Pengalaman  lain  ialah  pernah  menyandang  Ahli  Jawatankuasa  Persatuan  Guru  Melayu,  Seberang  Prai
          Selatan, Pulau Pinang.
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21