Page 11 - Pencalonan Agung ke10_draf 6test
P. 11

9


                                                                                       BIODATA CALON
                                                                                 ANGGOTA LEMBAGA





                                3
          NO. CALON






          WAN AZIZAN BIN WAN ZAINAL ABIDIN







          Beliau berasal dari Kuching, Sarawak. Berkelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda dalam “Business Accounting”
          di  Swinburne  University  of  Technology,  Kampus  Sarawak,  Diploma  dalam  Perkhidmatan  Kewangan  dari
          Institute of Business & Management Studies.

          Beliau telah memulakan kerjaya sebagai Penolong Juruaudit selama satu tahun di Khaidier & Co. Kemudian
          menukar  kerjaya  ke  dalam  bidang  pendidikan  sebagai  Tutor  di  Kolej  PTPL  Sarawak.  Beliau  juga  pernah
          berkhidmat dengan ANGKASA Sarawak,  sebagai Ketua Unit, JPAN & Keahlian selama 8 tahun dan sekarang
          beliau merupakan Pengerusi ANGKASA Negeri Sarawak (2019 - kini).

          Beliau  juga  aktif  dalam  kegiatan  pertubuhan  dan  menjawat  jawatan  sebagai  Bendahari  di  dalam  Wadah
          Pencerdasan Umat Negeri Sarawak (2021 - kini). Selain itu, beliau juga menjawat jawatan sebagai Pengerusi
          di dalam Malaysia Relief Agency Sarawak (2019 - kini), juga menyandang jawatan Pengerusi untuk Lujnah
          Pendidikan Yayasan Madani (2019 - kini) dan merupakan Bendahari PIBG, bagi SK (A) Datuk Hj. Abdul Kadir
          Hassan.

          Dalam industri koperasi, beliau menjawat jawatan sebagai Pengerusi di Koperasi Sri Madani Sarawak Bhd
          (2021  -  kini).  Selain  itu,  beliau  merupakan  Pengerusi  bagi  Koperasi  Belia  Islam  Malaysia  Bhd.  cawangan
          Sarawak (2005 - kini), Ahli Lembaga Koperasi Keluarga Syed Zainal Abidin AlQadri KCH Bhd. (2014 - 2024),
          dan juga merupakan Ahli Lembaga Koperasi Sumbesta KCH Bhd. Beliau juga merupakan Anggota Lembaga
          Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad (2023 - kini).


          Selain  bergiat  aktif  dalam  bidang  koperasi,  beliau  juga  mempunyai  perusahaan  sendiri,  di  mana  beliau
          merupakan Pemilik Tunggal bagi Aplus Management  & Corporate Services Sdn. Bhd.
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16