Page 9 - Pencalonan Agung ke10_draf 6test
P. 9
7
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA
1
NO. CALON
PROF TS. DR. RAZALI BIN HASSAN
Beliau merupakan anak kelahiran Pagoh, Muar Johor dan berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari
University of Warwick, UK, Ijazah Sarjana Sains (UPM), Sarjana Muda Teknologi serta pendidikan dalam jurusan
Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), serta Sijil Perguruan Teknik dari Maktab Perguruan
Teknik, Kuala Lumpur. Pernah berkhidmat sebagai Guru Teknikal di KV Bintulu Sarawak, KV Segamat dan kini
dilantik sebagai Profesor Amal di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Beliau terlibat dengan pelbagai
aktiviti ilmiah, pengurusan, pentadbiran, penyelidikan dan perundingan akademik peringkat kebangsaan dan
antarabangsa. Antara negara yang pernah beliau bertugas dan memberi sumbangan kepakaran termasuklah
Australia, German, United Kingdom, Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam, Laos, Filipina, Ethiopia dan
Jordan.
Beliau telah berkecimpung dalam industri koperasi sejak 20 tahun yang lalu bermula sebagai Ahli Biasa,
Jawatankuasa dan terkini sebagai Pengerusi Koop UTHM Berhad (sejak 2014) sekaligus menjadi platform
kepada beliau untuk terus menyusun langkah dan strategi dalam memimpin Koop UTHM bagi mencapai hasrat
dan matlamat kejayaan agar objektif memartabatkan Koop UTHM kearah kemajuan berterusan terlaksana
sepenuhnya. Secara tuntasnya, kepimpinan berintegriti beliau menjadi teras utama kepada kecemerlangan
sesebuah organisasi koperasi. Kejayaan terbesar beliau ialah apabila Ahli Lembaga Koop UTHM dibawah
kepimpinan beliau berjaya memperolehi pembelian asset Kompleks Kolej Kediaman Pelajar UTHM Pagoh
yang bernilai lebih RM220 juta.
Di bawah kepimpinan beliau, Koop UTHM bergerak aktif menceburi bidang industri “Food & Beverage” yang
sedang diperluaskan lagi dipersada dan empayar perniagaan Koop UTHM melalui penjenamaan baru jenama
SECANGKIR temasuklah SECANGKIR Coopitiam, SECANGKIR Café’ & Mart, SECANGKIR Express, SECANGKIR
Ilmu (Akademi Latihan) dan SECANGKIR Wellness & SPA.
Beliau adalah Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Johor (2018 - kini). Berperanan sebagai
pengerusi kluster Perniagaan Peruncitan (BA100), pelancongan, kesihatan dan ICT dalam JPAN Johor, telah
membantu beliau melebarkan sayap sepanjang bersama ANGKASA melalui pelbagai program termasuklah
menghadiri ceramah professional, bengkel dan pelbagai seminar selain turut terpilih menjadi penentusah minit
mesyuarat MAPA (2021 - 2023). Beliau telah terpilih sebagai Ahli Lembaga KOPSYA pada tahun 2022 dan
sekarang memegang Portfolio Jawatankuasa Risiko dan Integriti (JKRI) sebagai Pengerusi. Kepakaran beliau
banyak digunakan untuk membantu rakan koperasi dan kini sedang bergiat dalam Persatuan Pemerkasaan
dan Transformasi Ekonomi Malaysia (PPTEM).